Tuesday, December 22, 2009

Klang Sungai Besar Tanjung Malim Klang

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh

Pagi kami semua keluar awal jam 10.00 pagi terus ke kedai ASAM PEDAS Kak Biah di Bukit Tinggi, Klang.

Lepas sarapan terus gerak ke 7 11 dan terus ke Sg. Haji Dorani Sungai Besar ke majlis kenduri kawin anak perempuan Yusman dan Rosminah, hujan turun ngan lebatnya bila sampai sana, aku park kereta di surau sebab luas sikit kawasannya, basah gak aku kena tempias hujan walaupun guna payung.

Dalam hujan lebat tu gak aku gerak balik kerana nak g Tanjung Malim pulak hantar isteriku ke UPSI, sampai di UPSI jam 3.00 petang, sampai dirumah jam 5.30 petang, Ina drive sebab aku penat.

Wasallam.

Pasar Sabtu Sijangkang dan Kemanshah Zoo

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi 19/12/2009 aku ngan Ani dan Mijah ke pasar pagi Sabtu di Batu 1, Sijangkang nak beli pecal (pecel) dah lama tak kena kan.

Kul 12.00 tghari ke Andalas rumah Bang Long Atan sebab nak hantar pengantin Ekin bertandang ke rumah lelaki d Kemanshah Ulu Klang. (dekat pagar Zoo).


Sampai sana jam 1.15 tengahari, Solat zohor dulu di surau kawasan perumahan lepas tu berarak ke tempat majlis di tengah padang, Masa nak berarak ke padang tu terserempak la pulak aku ngan budak Zaid (kawan Ina) anak Encik Rahim yang tinggal kat area situ gak, Majlis hanya makan bersama pengantin sahaja, tiada majlis bersanding. Aku sekali lagi makan kurma kambing, 2 kali tambah, sedap kurma kambing tu, kegemaranku daging kambing kari.

Jangan lupa naik "Flight Sirap Limau" kah, kah, kah, kah, kurang pendengaran dan silap percakapan.

Wasallam.

Shah Alam Tanjung Malim Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

17/12/2009 yang lepas aku ke UPSI Tanjung Malim amik isteri cuti hujung minggu, sampai sana tengahari lepas itu balik ke asrama jam 2.00 petang terus balik ke Shah Alam, sampai Shah Alam jam 3.00 petang terus ke mesyuarat Badan Dakwah di ICT MBSA. Encik Shahrulnizam dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Dakwah.

Mesyuarat tamat jam 4.45 petang.

Petang ke masjid untuk baca doa awal tahun dan akhir tahun sebab maal hijrah kan, Selepas solat Maghrib semua solat hajat dan selepas tu baca Yaasin, malam tu makan baik punya, nasi beriyani kambing lagi, kambing tak cukup di bahagian lelaki, jadi aku pun cilok sikit di bahagian wanita, maklumlah aku yang last makan, sebab ramai jemaah Q nak ambik makanan. Alhamdulillah kenyang, jarang aku makan malam.

Wasallam.

Thursday, December 17, 2009

MAJLIS KENDURI EKIN ISMAILUDDIN


Assalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah selesailah sudah majlis akad nikah Ekin pada Jumaat 10/12/2009 jam 5.30 petang di kediaman Ismailuddin di Jalan Sri Mersing Taman Sri Andalas, Klang. Aku dan Bang Lang (Abd. Rashid) jadi saksi pengantin perempuan merangkap jadi saksi nikah sekali.


Jurunikah Al-Fathil Ustaz Haji Alwi Parman (Timbalan Pengarah Bahagian Kekeluargaan Islam JAIS)tetapi yang mengijabkan ialah Bang Long (Ismailuddin - Ayah pengantin perempuan).

Esoknya 11/12/2009 majlis kenduri bermula, buat-buatla sebok jugak aku, aku jumpa dengan saudara mara yang dah lama tak jumpa, dan tak lupa aku jumpa teman serumah dan teman sebilik semasa aku mengerjakan fardhu haji tahun 2003 iaitu Haji Tantawi dan isteri (TTDI Shah Alam), Haji Ali dan isteri (Tanjung Malim), Haji Saharuddin dan isteri(Sg. Pinang Klang) dan Haji Wahab (Polis) dan isteri(Pedas Neg.9)yang tak jumpa Haji Ismail(Cikgu Mail) dan isteri(Palm Grove Klang).


Majlis kenduri selesai jam 6.30 petang, aku balik rumah, lepas maghrib datang lagi sebab ada makan malam dan sesi buka hadiah pengantin.Majlis buka hadiah dan mengemas meja dan kerusi selesai jam 11.00 malam, balik rumah tidor.

Semoga jodoh pasangan pengantin Nor Ashikin dan Mohd Faiz berkekalan hingga akhir hayat. Minggu depan 19/12/2009 giliran majlis di rumah pengantin lelaki di Kemensah Zoo.

Wasallam.

Wednesday, December 16, 2009

INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAJI'UN, ALFATIHAH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Doa ziarah jenazah.

Subhanal hayyil lazi la yamutu. Allahummagfir lihazal mayyiti warhamhu wa anis fil qabri wahdatahu wa gurabatahu wa nawwir qabrahu.

Artinya: “Maha suci Zat Yang Hidup yang tidak akan mati. Ya Allah, ampunilah mayit ini dan sayangilah dia, dan temanilah dia di dalam kesendirian dan keasingannya di dalam kubur, dan terangilah kuburannya.”
Pagi tadi 15 Disember 2009 aku dikejutkan lagi dengan berita kematian, kali ini staff jabatan korporat Azuddin Jili ahli muzik meninggal dunia lebihkurang jam 4.00 pagi waktu sekyen 4, Shah Alam. Maha suci Allah yang telah mengambil umatnya dalam tidur.

Kami semua satu jabatan korporat menziarahi jenazahnya di No. 23, Jalan Jambu Bol 4/3E, seksyen 4, Shah Alam, Turut hadir menziarahi jenazah, Dato' Mazalan (Datuk Bandar), Tuan Hj. Moktar Hani (Timbalan Datuk Bandar), Pengarah-pengarah Jabatan, Dato' Hj. Abu Sujak (Bekas Datuk Bandar yang Pertama). Alhamdulillah jenazah setelah sempurna disolatkan terus di bawa dengan kenderaan jenazah MBSA ke Kuala Kangsar dengan diiringi oleh beberapa kakitangan Jabatan Korporat diketuai oleh Encik Jaid Idham Idiris (Pegawai Sukan) baru balik dari Laos (Sukan SEA).

Saya balik ke pejabat dari ziarah jalan kaki kerana kenderaan telah balik lebih awal,

saya melalui tasik dan terus ke bahagian parking wisma di L2, pastu naik atas la di G, boleh tahan gak, bepeluh ketiak (excercise)


Wassallam.

Wednesday, December 9, 2009

PERHATIAN UNTUK AHLI CBF228

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ini ada sedikit maklumat untuk semua ahli cbf228.

4th Nov 2009 :
Hal-hal yang berbangkit berikutan road show yang telah berlangsung di emart Kuala Terengganu pada 1.11.2009 yang telah disampaikan oleh Mr Steve :

i) Privilege Card boleh diambil di emart terhampir dengan bayaran RM30 untuk satu ID.
ii) Bermula 1.11.2009 baucer emart dan SP dimansuhkan dan digantikan dengan Loyalty Point (LP).
LP akan berada dalam Privilege Card dan boleh digunakan untuk membeli barangan atau menukarnya dengan baucer-baucer sebagaimana yang terdapat dalam emall sebelum ini di semua cawangan emart seluruh Malaysia.
iii) Bermula Februari 2010 semua ahli boleh withdrawal dengan syarat
repurchase pada bulan Januari 2010
tiada SELL BACK
(ahli akan menerima produk untuk bulan ini SAHAJA),
selepas itu proses repurchase berjalan sebagaimana biasa.
BERIKUT ADALAH PROSES REPURCHASE BERMULA JANUARI 2010

________________________________________
SEBAGAIMANA SEMUA AHLI TELAH SEDIA MAKLUM,
BILA PROSES SELL BACK TIDAK BERLAKU MAKA AHLI TIDAK AKAN DAPAT INCOME PADA BULAN TERSEBUT.
DAN INI AKAN BERLAKU PADA SEMUA AHLI YANG REPURCHASE PADA BULAN JANUARI 2010.

KIRAAN BAGI AHLI UNTUK BULAN FEBRUARI DAN MAC 2010.
________________________________________
________________________________________
BAGI AHLI YANG MENYERTAI PAKEJ A
(PAKEJ CLASSIC)
________________________________________
Payment yang masuk pada bulan Januari 2010 :
475 EV - (Installment 2/2 For Sell Back bulan November 2009)
475 EV - (Installment 1/2 For Sell Back bulan Disember 2009)
950 EV
Repurchase bulan Januari tanpa SELL BACK – 900 EV
Berbaki 50 EV (tidak ada Installment untuk bulan Januari)
Payment yang masuk pada bulan Februari 2010 :
475 EV - (Installment 2/2 For Sell Back bulan Disember 2009)
+ 50 EV (baki EV bulan lepas) = 525 EV

Repurchase bulan Februari 2010 – 900 EV
900 EV (pakej A) – 525 EV = 375
(RM yang perlu dikeluarkan pada bulan Februari 2010 = RM375)

Payment yang masuk pada bulan Mac 2010 :
475 EV - (Installment 1/2 For Sell Back bulan Februari 2010)

Repurchase bulan Mac 2010 – 900 EV
900 EV (pakej A) – 475 EV = 425
RM yang perlu dikeluarkan pada bulan Mac 2010 = RM425
________________________________________
________________________________________
BAGI AHLI YANG MENYERTAI PAKEJ B
(PAKEJ SILVER)
________________________________________
Payment yang masuk pada bulan Januari 2010 :
950 EV - (Installment 2/2 For Sell Back bulan November 2009)
950 EV - (Installment 1/2 For Sell Back bulan Disember 2009)
Jumlah keseluruhan = 1900 EV

Repurchase bulan Januari tanpa SELL BACK = 900 EV
Berbaki 1000 EV (tidak ada Installment untuk bulan Januari)

Payment yang masuk pada bulan Februari 2010 :
950 EV - (Installment 2/2 For Sell Back bulan Disember 2009)
+ 1000 EV (baki EV bulan lepas) = 1950 EV

Repurchase bulan Februari 2010 = 1800 EV
1950 BV (baki EV) - 1800 EV (pakej B) = 150 EV (masih berbaki)

Payment yang masuk pada bulan Mac 2010 :
950 EV - (Installment 1/2 For Sell Back bulan Februari 2010)
+ 150 EV (yg masih berbaki) = 1100 EV

Repurchase bulan Mac 2010 = 1800 EV
1800 EV (pakej B) – 1100 EV (baki EV) = 700
RM yang perlu dikeluarkan pada bulan Mac 2010 = RM700
________________________________________
________________________________________
BAGI AHLI YANG MENYERTAI PAKEJ C
(PAKEJ GOLD)
________________________________________
Payment yang masuk pada bulan Januari 2010 :
1450 EV - (Installment 3/3 For Sell Back bulan Oktober 2009)
1450 EV - (Installment 2/3 For Sell Back bulan November 2009)
1450 EV - (Installment 1/3 For Sell Back bulan Disember 2009)
Jumlah keseluruhan = 4350 EV

Repurchase bulan Januari tanpa SELL BACK = 900 EV
Berbaki 3450 EV (tidak ada Installment untuk bulan Januari)

Payment yang masuk pada bulan Februari 2010 :
1450 EV - (Installment 3/3 For Sell Back bulan November 2009)
1450 EV - (Installment 2/3 For Sell Back bulan Disember 2009)
+ 3450 EV (baki EV bulan lepas) = 6350 EV

Repurchase bulan Februari 2010 = 3800 EV
6350 BV (baki EV) - 3800 EV (pakej C) = 2550 EV (masih berbaki)

Payment yang masuk pada bulan Mac 2010 :
1450 EV - (Installment 3/3 For Sell Back bulan Disember 2009)
1450 EV - (Installment 1/3 For Sell Back bulan Februari 2010)
+ 2550 EV (yg masih berbaki) = 5450 EV

Repurchase bulan Mac 2010 = 3800 EV
5450 (baki EV) - 3800 EV (pakej C) = 1650 EV (masih berbaki)

Payment yang masuk pada bulan April 2010 :
1450 EV - (Installment 2/3 For Sell Back bulan Februari 2010)
1450 EV - (Installment 1/3 For Sell Back bulan Mac 2010)
+ 1650 EV (masih berbaki) = 4550 EV

Repurchase bulan April 2010 = 3800 EV
4550 (baki EV) - 3800 EV (pakej C) = 750 EV (masih berbaki)

DENGAN KATA LAIN,
SESIAPA YG AMBIL PAKEJ C…..
SELAMAT!!!! WASSALAM.

Monday, December 7, 2009

Berkampung di rumah Bang Long Atan

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 5 Disember 2009 lepas solat Isyak diadakan majlis kenduri kesyukuran di rumah Bang Long Atan dan Kak Semah, sebab minggu depan (Sabtu 12/12) anaknya yang ketiga Ekin nikah.

Semua keluarga turun berhimpun di sana dan bermesyuarat, aku dengan Bang Lang (Abd. Rashid) akan menjadi saksi pengantin perempuan semasa majlis akad nikah pada petang 11/12 lepas Asar. Kena pakai baju melayu lengkap fuyooh!.

Lepas selesai kenduri ada la sikit meeting sebab nak buat hari keluarga di Langkawi, tetapi oleh kerana beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan maka hari keluarga tersebut tidak dapat dilaksanakan, atas nasihat keluarga yang kanan, sesiapa nak pegi Langkawi, pegila sendiri.

Mesyuarat ditamatkan jam 11.30 malam dengan tiada keputusan muktamad penganjuran hari keluarga. Walau bagaimanapun mesyuarat meletak kerja dan tugas majlis perkahwinan selesai dan mendapat keputusan yang muktamad.

Wassalam.

Sunday, December 6, 2009

Klang Tanjung Malim Klang

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Pada 4 Disember 2009 Jumaat aku cuti sebab nak hantar anakku buat Passport Antarabangsa. Jam 8.30 pagi hantar angah ke Jabatan Imigresen, lepastu hantar anak bongsu ke HQ Bulan Sabit di Klang, lepastu balik semula ke Jabatan Imigresen di Pelabohan Klang dan dimaklumkan jari angah tak boleh di trace oleh mesen pengimbas cap jari, Jadi aku terpaksa ke HQ JPN di Shah Alam untuk buat pengesahan identitinya.

Lepas tu balik semula ke Jabatan Imigresen Pelabohan Klang, tapi jam dah 12.00 tgh, takut tak sempat, sebab hari Jumaat, jadi terus balik kerumah.

Kul 3.00ptg. pergi ke Tanjung Malim (UPSI) menjemput isteriku, OTW balik singgah beli durian RM30.00 9 biji, tapi sampai rumah durian tak elok sebab lembik separuh aje yang di sebelah pangkal (tangkai) masih keras, nasib kan, dalam durian mana tau elok ke tidak, macam manusia gak, luar nampak baik, hati sape tahu,

Maghrib sampai di Bandar Sultan Sulaiman dalam hujan renyai-renyai. Hajat hati nak singgah di Surau Flat Kastam, tapi berkunci, (tak berfungsi kot, terus berpusing ke Masjid Bandar Baru Sultan Sulaiman, Pak Imam sedang baca doa.

Lalu depan rumah Bang Long dah terang benderang dengan 5 buah kemah makan dan lampu bergemerlapan, nampak Bang Mawi (Timbalan Pengerusi JKKKP) tengah setting bekas makanan dan adalah 2-3 orang dalam kemah tengah duduk-duduk. Aku terus balik rumah.


Aku kerumah Bang Long jalan kaki sebab dua-dua motor takde, nak naik kereta tempat letak kereta tentu dah penuh, jadi lebih baik jalan kaki (exercise). Sesampai di sana Y.Bhg. Dato' Mazlynor tengah berucap merasmikan Pejabat JKKKP Kg. Pendamar/Jamuan Rakyat.


Selepas Dato' Mazlynor balik ADUN Bebas Pelabuhan Klang Badrulhisham datang joint jamuan rakyat, dia naik kereta kenari aje, ada logo ADUN Negeri Selangor, memang dia ADUN yang simple, takde duit. Dia juga kawan sekolah isteri ku semasa di STAJ


Lepas selesai majlis tiba masa nak mengemas, semua balik tinggal kerabat Bang Mawi aje dan kerabat aku yang tolong basuh peralatan buffet dan periuk belanga. Timbalan Pengerusi JKKKP merungut, "Kalau majlis yang serupa di buat di sini, ini adalah kali yang terakhir, serik rasanya kena sediakan makanan seawal jam 8.00 pagi, dah tu kena mengemas pulak sampai selesai, pemuda pun takde nak tolong". Kesian dia tapi kerja biar ikhlas, Aku adalah tolong kemas kerusi meja sebelum tu, tapi lepastu, kepala sakit pulak, pergi rumah Mak Piah, baring kejap.

Balik umah kul 11.45 malam, Wassallam.

Wednesday, December 2, 2009

Mesyuarat Agong Masjid

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dah kira lewat untuk post disini tetapi hanya untuk peringatan sahaja iaitu pada 12 November 2009 lepas solat ba'dia maghrib mesyuarat agong akan dimulakan
hanya untuk bentangkan minit mesyuarat, laporan tahunan dan penyata kewangan aje,
takde perlantikan ajk pun hingga 2012.

Selamat bersidang, nak tengok ajk ' scroll ' ke bawah dan lihat kat sebelah kanan.

Saturday, November 14, 2009

Hari Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah TABIKA KEMAS Baitul Iman Kg Pendamar

Assalamualikum.

Malam tadi 13 November, Jumaat malam Sabtu aku jadi MC hari kecemerlangan dan penyampaian hadiah TABIKA KEMAS Baitul Iman kat kg aku.

Meriah betul ramai yang datang emak, bapak, nenek, cucu pun datang.

AJK semua pakai baju seragam warna ' light oren ' nanti aku poskan gambar dia orang macam kumpulan nasyid lak, nasyid kampung la.

Penyampaian sijil oleh Penyelia KEMAS Parlimen Klang En. Syamir Mahmud.

Tahniah anak-anak tahun depan masuk jah satu lak.

wassalam.


Saturday, November 14, 2009

Majlis Kenduri Kawin anak pompuan Adnan/Fauziah Kewangan

AssSalam,

Kul 2 petang tadi aku ngan family gi Dewan bankuet MBSA memenuhi jemputan Haji Adnan dan Hajah Fauziah(Kewangan) kenduri kawin anak pompuannya.

Sedap gak masakannya, catering kira ok la,

wasallam.

Panggilan Pagi dan Erti Persahabatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi ni jam 7.43 aku dapat miss cal dari istriku AINI dari Tanjung Malim,
bertanya khabar, aku maklumkan sahabat aku semasa di Undang-undang Mohd Isa Puta dan Istrinya telah dimasukkan ke DEMC Seksyen 9, Shah Alam kerana Kencing Manis dan istrinya Fibroid (kurang darah)

Semasa aku melawat istri dan beliau, keadaannya masih sehat dan beliau minta kalau kena bisul jangan lambat ke hospital/klinik kalau sesiapa yang ada kencing manisla
lagi kena cepat dapatkan rawatan, aku dimaklumkan oleh beliau mungkin kakinya yang
kiri akan dipotong sehingga paras buku lali untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak ke atas.

Kasihan dia sekeluarga, anak-anaknya masih bersekolah lagi, bantulah dia wahai kawan-kawan yang mampu membantu atau menghulurkan bantuan.

Wasallam.

Monday, November 30, 2009

Alat perhubungan canggih setakat ini yang aku ada

Assalamualaikum wrh. wbkth.

Tepat jam 1.00 petang di Alam Sentral aku mendapat (beli la) handphone baru jenama SATIO Sony Ericsson, harga boleh tahan RM2,450.00 macam harga sebijik motor yamaha.

Specifications:

General

2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 2100
HSDPA 850 / 1900 / 2100 - Satio(a) for the Americas
Announced 2009, February
Status Available. Released 2009, October

Size

Dimensions 112 x 55 x 13 mm
Weight 126 g

Display

Type TFT touchscreen, 16M colors
Size 360 x 640 pixels, 3.5 inches
- Accelerometer sensor

Sound

Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3, AAC ringtones
Speakerphone Yes

Memory

Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records Detailed, max 30 days
Internal 128 MB storage; 256 MB RAM
Card slot microSD (TransFlash), up to 32GB, 8GB included, buy memory

Data

GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD Yes
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 3.6 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, DLNA
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0

Camera

Primary 12 MP, 4000 x 3000 pixels, autofocus, xenon flash, video LED flash
Features Touch focus, geo-tagging, face and smile detection
Video Yes, VGA@30fps
Secondary VGA videocall camera

Features

OS Symbian Series 60, 5th edition
CPU ARM Cortex A8 600 MHz, PowerVR SGX graphics
Messaging SMS, MMS, Email, IM
Browser WAP 2.0/HTML, RSS reader
Radio Stereo FM radio
Games Yes + downloadable
Colors Black, Silver, Bordeaux
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, MIDP 2.0
- Google maps
- WMV/RV/MP4/3GP video player
- MP3/WMA/WAV/RA/AAC/M4A music player
- Organizer
- Gesture control

Battery

Standard battery, Li-Po 1000 mAh
Stand-by Up to 360 h (2G) / Up to 340 h (3G)
Talk time Up to11 h (2G) / Up to 4 h 50 min (3G)


Tapi aku masih belum imune guna telefon baru ni, sebab suma pakai touch screen.

Wow, selamat.

Ibu, Ibu, Ibu engkaulah Ratu hatiku




Assalamualikum wrh wbkt.

Memang sudah rutin aku setiap pagi selepas balik dari solat subuh di masjid mesti singgah umah emak untuk ziarah dia dan tanya dia nak bantuan ape, Emak sakit seminggu sebelum sambutan Eidul Adha 1430H sekarangpun belum sihat lagi, tido masih di kerusi sebab tak boleh baring, nafasnya semput, dah tak boleh guna inhaller sebab tekak dah mengecut, gas inhaller ni rupanya boleh mengecutkan saluran pernafasan pesakit athma.

Balik kerja nanti aku mesti jenguk mak lagi, Kakak aku tolong jaga emak, malam dia tidor temankan mak, kesian suami dia tidor sorang-sorang kat umah.

Aku belum lagi dapat tidor temankan mak, sebab umah akupun takde orang lelaki sebab istri aku gi belajor lagi di UPSI Tanjung Malim, tidor sorang-sorang gak aku. Aku berdoa semoga mak cepat sembuh dan kakak aku boleh balik tidor kat umah dia.

Wasallam.

Sunday, November 29, 2009

Ke Tanjung Malim (UPSI)

Assalamualikum wrh. wbkth.

Petang tadi kul 12.50 tgh bertolak satu keluarga ke UPSI Tanjung Malim menghantar isteri (AINI) balik ke UPSI untuk meneruskan mengaji Diploma Pendidikan Sains Kognitif.

Balik dari sana ingat nak makan durian, tapi malang orang jual durian petang takde di tepi jalan dari Tanjung Malim, sampai Jalan Kem Pelabohan Klang pun tak banyak pilihan, hajat tak kesampaian nak makan durian.

Sampai rumah kul 5.30 petang dengan selamatnya. Wassalam

Qurban Eidul Adha Kedua

Assalamualaikum wrh wbkt.

Pada 28 Nov 2009 Sabtu, pagi-pagi lagi aku dan keluarga bertolak ke rumah Ummi Safiah (ibu mertuaku) untuk menyempurnakan majlis Qurban, ada 6 ekor lembu kesemuanya iaitu,
1 ekor Bang Long Mokhtar dan keluarga, 3 ekor Bang Lang Rashid dan keluarga manakala 2 ekor lagi AJK Biro Agama/Ekonomi UMNO Bahagian Klang.


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
[34]
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
[35]
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
[36]

Surah Al-Hajj Ayat 34 hingga 36

Susah juga nak tumbangkan yang pertama kepunyaan Bang Long, sebab lembunya besar dan garang, akhirnya tumbang jugak, penyembelih di datangkan khas dari Puchong "Ustaz/Imam" Zamri (dia bawa 4 bilah parang), saya tanya kenapa sampai 4 parang, dia cakap, " bagi peluang parang-parang tu berkhidmat, sebab setahun hanya sekali sahaja, nanti kalau tak diguna kecik hati pulak yang lain" katanya.

Semua kerja selesai sebelum solat zohor. 2 periuk sup tulang disediakan.

Wassalam.

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1430H

Assalamualaikum Wr. Wbkt.

Hari Jumaat lepas berbondong-bondong warga kg. pendamar ke masjid untuk menunaikan solat sunat Eidul Adha, Imam Tuan Rosli Kasah dan Bilal Tuan Tajuddin Muhammad.

Assalamualaikum wrt bth.

Allahu akbar 3x. Allahu akbar 3x. Allahu akbar 3x Walillahilhamdkhutbah

Hari ini adalah hari besar anugerah Allah SWT kepada umat Islam. Rasulullah SAW telah bersabda ketika menyaksikan kaum Aus dan Khazraj merayakan hari kebesaran mereka. Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari kebesaran yang lebih baik iaitu Eid Adha dan Edi Fitri.

Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:


“Dari Anas bin Malik, Nabi datang ke Madinah dan melihat mereka merayakan dua hari kebesaran. Baginda bertanya, “Apakah dua hari ini? Mereka menjawab, “kami biasa merayakan dua hari ini pada zaman Jahiliyah. Rasulullah SAW bersabda “Allah telah menggantikannya dengan dua hari yang lebih baik: Eid-ul-Fitri dan Eid-ul-Adha.

Eid-ul-Adha mengambil sempena ‘udhiyah yang bermaksud qurban. Ia juga disebut sebagai yaum-un-Nahar (Hari di mana ibadah Qurban dilaksanakan)

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari:

“Dari al-Barra bin Azib: Aku mendengar Rasulullah SAW menyampaikan khutbah. Baginda bersabda, “Perkara pertama yang perlu dilakukan pada hari ini ialah mendirikan solat, dan selepas itu, kamu menyembelih haiwan qurban; dan sesiapa yang melakukan ini berjalan di atas sunnah ku”

Ibadah qurban bukan sahaja merupakan sunnah Nabi SAW bahkan sunnah Nabi terdahulu sejak dari Adam AS. Syariat ibadah qurban pertama kali diwajibkan kepada anak-anak Adam AS sebagai ujian kepada mereka. Seerah Nabi adam AS menunjukkan Habil telah Berjaya di dalam ujian ini sedang Qabil gagal dalam ujian tersebut. Syariat yang dilaksanakan pada hari ini adalah dikaitkan dengan peristiwa penyembelihan Nabi ismail AS boleh bapanya Khalilullah Nabi Ibrahim AS.

Ibadah qurban yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS membawa pengajaran yang cukup banyak kepada kita sebagai umat islam. Pertama ibadah qurban ini bukanlah merupakan satu ibadah yang berbentuk peribadi sifatnya kerana ia melibatkan dukungan seluruh institusi keluarga Ibrahim AS. Apabila Nabi Ibrahim AS bermimpi yang merupakan perentah Allah kepadanya untuk mengorbankan Ismail maka dia telah menanyakan pandangan isterinya Siti Hajar. Nabi Ibrahim bukan berhasrat untuk mendapat persetujuan isterinya terlebih dahulu sebelum melaksanakan perentah Allah SWT tetapi untuk menegaskan bahawa ini adalah perentah Allah yang tidak mungkin dibantah. Lalu dijawab oleh Siti Hajar sekiranya ia merupakan satu ketetapan Allah maka laksanakanlah. Ini juga jawapan yang diberikan oleh Siti Hajar ketika beliau ditinggalkan bersama Ismail yang masih bayi di bumi gersang Mekah.

Siti Hajar bertanya kepada Nabi Ibrahim AS, Mengapa tinggalkan aku di sini. Beliau melihat di sekeliling gurun yang kontang dan batu-batan keras di sekeliling tanpa ada tanda-tanda kehadiran manusia. Nabi Ibrahim AS sudah bulat hatinya, dia hanya mendiamkan diri, dan tidak ada sepatah perkataanpun yang harus keluar dari mulut baginda yang menandakan bantahan terhadap perentah Allah SWT. “Adakah ini satu perentah dari Allah?” Siti Hajar terus bertanya. Nabi Ibrahim tetap mendiamkan diri. Siti Hajar pasrah dan berkata ‘Kalau begitu Allah SWT akan memelihara kami”, beliau pasrah dan tunduk kepada Rabbul Jalil

Nabi Ibrahim AS juga bertanya kepada Nabi ismail tentang pandangannya. Jawapan yang diterima oleh Nabi Ibrahim AS cukup menyenangkan hatinya. Ini adalah bukti bahawa ibadah qurban adalah satu amal yang sepatutnya mendapat dokongan dan penglibatan setiap ahli keluarga yang serius untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Sesungguhnya perentah qurban yang dijalankan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anak kesayangannya amat berat bagi seorang insan biasa. Sepanjang usianya Nabi Ibrahim AS berdoa agar dikurniakan seorang zuriat.

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِيمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا ٱلۡبَلَدَ ءَامِنً۬ا وَٱجۡنُبۡنِى وَبَنِىَّ أَن نَّعۡبُدَ ٱلۡأَصۡنَامَ (٣٥) رَبِّ إِنَّہُنَّ أَضۡلَلۡنَ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ‌ۖ فَمَن تَبِعَنِى فَإِنَّهُ ۥ مِنِّى‌ۖ وَمَنۡ عَصَانِى فَإِنَّكَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣٦) رَّبَّنَآ إِنِّىٓ أَسۡكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِى بِوَادٍ غَيۡرِ ذِى زَرۡعٍ عِندَ بَيۡتِكَ ٱلۡمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱجۡعَلۡ أَفۡـِٔدَةً۬ مِّنَ ٱلنَّاسِ تَہۡوِىٓ إِلَيۡہِمۡ وَٱرۡزُقۡهُم مِّنَ ٱلثَّمَرَٲتِ لَعَلَّهُمۡ يَشۡكُرُونَ (٣٧)

“Dan apabila Ibrahim berkata: Tuhanku! Jadikanlah negeri ini , negeri yang aman, dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala. Wahai Tuhan, berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak dari manusia. Siapa yang mengikutiku, maka orang itu termasuk golonganku, dan siapa yang mendurhakaiku, maka Engkau Maha Pengampun, maha Penyayang. Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”

Surah Ibrahim: 35 – 37.

Riwayat mengatakan baginda hanya dikurniakan seorang putera ketika usianya sudah lanjut, mencecah 90 tahun.

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى ٱلۡكِبَرِ إِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَسَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ (٣٩) رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠)

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku dihari tuaku Ismail dan Ishaq. Sungguh Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku”

Surah Ibrahim: 39 – 40

Apabila Ismail sudah berusia lebih kurang 10 tahun, sudah berputik kasih saying yang mendalam terhadap seorang anak remaja yang diharapkan akan meneruskan usaha tabligh dan dakwahnya, diperentahkan Allah pula untuk dikurbankan. Dan Nabi Ibrahim AS sebagai seorang manusia adalah seorang insan biasa yang tidak terkecuali dari rasa kasih, sedih dan pilu dengan apa yang dihadapinya. Tetapi sekali lagi perentah Allah mengatasi segala-galanya, maka semua perasaan itu harus dikorbankan demi membuktikan kasih-sayang tertinggi dan perentah tertinggi yang pasti dijunjung ialah perentah Allah SWT. Ini juga adalah pengajaran penting bagi kita umat Islam pada hari ini. Apabila datang perentah Allah, maka segala perkara adalah kecil dan pasti dilaksanakan bagaimana besar sekalipun rintangan yang dihadapi.

Pertarungan yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim AS belum berakhir. Dalam perjalanan untuk menjalankan perentah tersebut, baginda dihasut oleh Iblis laknatullah agar menimbangkan semula tindakannya. Tetapi setiap kali diseru Nabi Ibrahim AS melontarnya dengan batu. Tiga kali iblis dilontar dengan batu dan tidak sedikitpun Nabi Ibrahim AS goyah hati untuk meneruskan niatnya. Inilah yang diabadikan dalam manasik haji di dalam amalan melontar tiga jamrah. Ia adalah satu gambaran apabila seseorang hendak berqurban maka pasti syaitan akan menyelinap masuk dan membisikkan kata-kata pujuk rayu agar kita membatalkan niat untuk berkorban. Pengajarannya ialah ‘lempari’ bisikan itu dan membulatkan hati untuk melaksanakan perentah Allah tanpa sedikitpun merasa ragu.

Apabila sampai ke tempat penyembelihan maka Nabi Ibrahim AS telah menyembelih Nabi ismail AS. Diriwayatkan pisau telahpun mencecah batang leher Ismail AS dan sekonyong-konyong itu Allah menggantikannya dengan seekor qibas. Ini adalah hadiah bagi orang yang yakin dengan perentah Allah, yakin bahawa disebalik perentah Allah yang cukup berat itu tersimpan sebuah hikmah dan nikmat yang cukup besar. Keyakinan ini hanya dapat dirasai oleh orang yang bulat keimanannya kepada Allah SWT. Maka ibadah qurban yang kita lakukan pada hari ini adalah satu latihan untuk memupuk keimanan sejati dan keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah SWT. Ia adalah satu bentuk persediaan untuk melahirkan sifat komando, iaitu bersiap sedia untuk menjalankan perentah Allah dalam semua situasi. Apabila datang perentah Allah untuk infaq maka tanpa tangguh-tangguh lagi kita akan melaksanakannya.

۞ وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣) ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Bersegeralah kamu kepada keampunan Allah dan syurgaNya yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan”

Surah Ali Imran: 133 – 134.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Surah at-Taubah: 41

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ

“Diwajibkan ke atas kamu qital (peperangan) meski kamu membencinya. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha tahu sedang kamu tidak mengetahi”

Surah al-Baqarah: 216

Bagaimana lagi kita hendak melaksanakan perentah Allah di atas jika di dalam diri belum terlatih sifat bersedia untuk berkorban harta dalam keadaan kesempitan, berkorban rasa rehat dan keselesaan untuk beramal ketika kita merasa berat, dan berperang dalam keadaan hati membencinya?

Para Jemaah yang dirahmati Allah.

Ibadah qurban yang bakal kita sempurnakan selepas solat eid adalah satu bentuk yang simbolik bahawa kita akan berikrar untuk berqurban demi meninggikan syariat Allah dan menjunjung perentah Allah dalam semua keadaan. Kerana itu ia merupakan sunat muaqaddah, sunat yang diberatkan. Bagi setengah mazahib ibadah qurban menjadi fardhu. Menurut Imam Abu Hanifah ibadah qurban difardhukan bagi mereka yang berkemampuan. Imam Malik turut sependapat dalam hal ini. Imam Syafii, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf dari mazahib Hanafi berpendapat ia adalah sunat muaqqad (sunat yang dituntut dan diberatkan). Perbezaan pendapat ini tidak seharusnya menjadi isu. Apapun pegangan kita, namun jangan lupa ia adalah satu sunnah yang sangat diutamakan oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana sabda Nabi,

“barangsiapa melakukan itu (ibadah qurban) maka ia berada di atas sunnahku”

Marilah mulai tahun ini dan seterusnya kita membuat resolusi untuk memberi galakan kepada seluruh ahli keluarga supaya melakukan ibadah qurban dan memberikan perhatian yang cukup besar kea rah perlaksanaannya dalam keluarga. Latihlah anak-anak supaya menabung dan dapat melaksanakan ibadah qurban pada masa akan datang. Jika anak-anak kita sanggup menitipkan wang sakunya untuk membeli sebuah handphone yang mahal atau computer games maka tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh menabung untuk amal yang sangat besar maknanya ini untuk memupuk sifat cintakan agama Allah.

Hari ini tuntutan untuk umat Islam berkorban sangat besar. Dalam dunia tanpa sempadan, berqurban adalah sumber kekuatan umat ini dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian Allah. Umat Islam diperangi oleh kuasa-kuasa besar, rakyat Palestin di Gaza dikepung hampir tiga tahun lamanya. Tidak ada bekalan makanan yang dibenarkan masuk, begitu juga ubat-ubatan, air bersih dan bahanapi. Mereka diserang dengan penuh biadap oleh zionis Israel pada awal tahun ini dan saat ini mereka hanya tinggal dalam khemah dalam suasana musim sejuk yang menggigit tulang kerana tidak ada bahan binaan yang dibenarkan masuk untuk membaik pulih rumah-rumah mereka telah musnah dibom oleh Israel. Umat islam di merata tempat di Afrika, di Uighur, Cina, di Myanmar, si Mindanao, di Iraq dan Afghanistan menderita peperangan dan kekurangan makanan kerana dasar kuasa-kuasa besar dan regim yang tunduk kepada tekanan musuh-musuh Islam. Dunia Islam, pemimpin-pemimpinnya, forum-forum seperti OIC seakan-akan mandul untuk membela umat Islam yang tertindas. Palestin dikelilingi oleh jiran-jiran Negara Arab pengeluar minyak yang kaya-raya. Malangnya kekayaan ini tidak langsung member manfaat kepada umat Islam yang memerlukan. Semua ini menuntut umat Islam yang hidup di bumi Malaysia yang makmur ini supaya meningkatkan kesediaan untuk berqurban harta bagi membantu saudara-saudara kita seiman.

Akhir sekali ibadah qurban ini adalah persediaan untuk melakukan qurban yang paling tinggi darjatnya iaitu berkorban jiwa raga demi mempertahankan Islam.

Tercatat di dalam seerah selepas peperangan Uhud, pasukan Nabi yang menderita kekalahan di mana 70 orang mujahid syahid di medan, mereka telah ditahan oleh seorang wanita yang bertanya tentang berita pertempuran. Lalu disampaikan berita sedih bahawa wanita itu sudah kehilangan suami, ayah dan anaknya di Uhud. Reaksi wanita ini ialah ‘Bagaimana keadaan rasululah SAW? Bila diberitakan sahabat Rasulullah terselamat kecuali luka sedikit maka wanita ini berkata ‘Segala perkara adalah kecil asalkan Rasulullah terpelihara.’ Apakah kita juga sanggup untuk mengungkap perkataan ini ‘semua perkara adalah kecil asalkan Islam terus teguh dan dakwah terpelihara’

Allah SWT berfirman dalam surah as-saff.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

‘Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu kuberitahu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan hari akhir dan kamu berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu, itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui’

Surah as-Saff: 10 – 11

Allah SWT mendahulukan infaq atau qurban harta sebelum menyebut tentang qurban jiwa raga. Ia adalah satu isyarat jelas bahwa infaq atau korban harta adalah prasyarat untuk menyediakan diri memburu syahid pada jalan Allah, kemuncak ibadah qurban yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.

Prof Madya Hafidzi Mohd Nor

Pengarah PACE

Selepas solat tiada program qurban kerana hari jumaat kesuntukan masa, Qurban hanya di buat sebelah petang di rumah Tuan Imam iaitu hanya seekor sahaja dan dagingnya diagihkan kepada rumah sekitar' tapi tak cukup, rumah wak dol tak dapat, tapi takpa esok ada 9 ekor korban di masjid.

wassalam.

Tuesday, November 24, 2009

Pindah rumah kampung

Assalamualaikum wr. wbkt.

Walaupun dah terlambat tapi aku kira ia untuk ingatan aku dan semua keluarga.
Aku mula berpindah kerumah baru di kampung bersebelahan rumah ibu dan emak saudaraku di Lot 1142, Batu 4, Kg. Pendamar, 41200 Klang. Tel 03-31678564 pada 1 Rejab 1430H bersamaan 24 Jun 2009 hari Rabu.


INILAH RUMAHKU DI SEBELAH RUMAH IBUKU (2 tingkat, 5 bilik tidur, 5 bilik air dan 2 setor)
3 malam berturut-turut aku dan keluarga terdekat membaca surah Al-Baqarah, Alhamdulillah semuanya selesai, aku berpindah walaupun masih belum 100 persen siap sebab masih ada yang belum di touch-up finishingnya.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Surah Al-Baqarah ayat ke 286

Walau bagaimanapun aku masih berhutang lagi kos membiayai rumah aku tu, tak yah lah sebut berapa reganya umah tu.

Jika ketika berhutang memerlukan tulisan, demikianjuga tatkala ianya di'halal'kan atau dalam kata lain, disedeqahkan oleh si pemberi hutang.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis"
(Surah Al-Baqarah Ayat 282)

Wassalam.

Masaalah terlupa tarikh

Assalamualikum wbkt.

Pagi ni Nazir masjid aku telefon tanyakan kul berape program penyerahan lembu Qurban di dewan MBSA seksyen 19.

Aku tekejut gak, sebab program tu dah berlangsung semalam kul 3.00 petang, rupanya Nazir aku dah lupa tarikh, walhal aku dah ingatkan dia pada hari Sabtu lepas. Takpe, manusia memang tak semestinya ingat sume perkara kecuali diingatkan oleh orang lain.

Jadi saya syorkan agar Nazir hubungi Ustaz Farid PAID Klang mengenai lembu Qurban tersebut, bila dan kemana nak dihantar.

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Surah Al-Kauthar ayat 2.

Wassalam.

Al-Fatihah kepada arwah Nurahiedah ICT

Assalamualaikum w.r.bkt.

Semalam pagi kul 9 bertolak ke Kg. Jana Baru, Taiping dekat kem RAMD batalion ke ? , dekat kem tahanan ISA kemunting bersama kakitangan MBSA naik bas besar menziarahi jenazah almarhumah Puan Norahieda binti Emaknya yang telah kembali kerahmatullah pada 22 Nov 2009 pada jam +-4.30 petang kerana sakit yang tidak tahu sebab dan puncanya. Doktorpun tak tahu nak mengesahkan sakitnya.

Sampai sana +- kul 12.30 tghari, jenazah sedang dimandikan, kemudian dibawa ke masjid kampung tersebut dan di sembahyangkan selepas solat zohor oleh ramai jamaah lebih dari 100 orang termasuk staff MBSA.

Tanah perkuburan di sebelah rail keretapi, jadi kami jalan kaki dari masjid ke tanah perkuburan, jenazah dibawa menaiki van melalui jalan lain yang agak jauh yang melalui satu lagi kawasan perumahan. Tiba di tanah perkuburan yang ramai staff MBSA, kerja mengangkat jenazah dari van ke liang lahad hinggalah menutup lahad dan mengiringi bacaan talkin dilakukan oleh kebanyakkan staff dan 3 orang Ahli Majlis iaitu En. Kamaruzzaman, En. Harris dan En Manaf, Pengarah pun ada juga Haji Rosli Bakar, Pn. Shamsiah dan ramai lagi Pegawai, Alhamdulillah, begitulah prihatinnya staff MBSA bila berlaku kematian sume turun, kalau ada DB mesti dia suruh staff bahagian agama stay kat taiping untuk buat kenduri tahlil 3 malam beturut-turut.

Kami bertolak balik dan sampai di pejabat kul 7.20 malam sebab highway jem, jalan sedang dibaiki serta hujan. Berhenti sekali makan tengahari, makan nasi lemak bilis ngan ikan masin dan teh O panas RM2.00 cukup murah di hentian sebelah taiping.

Kami doakan semoga roh almarhumah di tempatkan disisi Allah S.W.T bersama-sama roh tabi'ie dan tabi'ien . Al-fatihah.

Wasallam.

Friday, November 20, 2009

Rewang

Assalamualaikum semua bloggger yang setia,



Pagi Jumaat ni aku cuti sebab nak uruskan bil cukai tanah rumah aku yang nak dijual tu,dan pastu aku nak g rewang rumah rumah Jefrydin Ubin, nak buat majlis kenduri menyambut pengantin adiknya dari sabah dan juga berkhatan anaknya Adli@Lias.



Selamat berewang jangan merewang.








Wassalam.

Thursday, November 19, 2009

AJK Masjid 2009/2012

Assalamualaikum semua blogger.

Senarai nama Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi tempoh mulai 1hb. Jun 2009 hingga 31 Mei 2012.

Penasihat ...............:Encik Mohamad Zin bin Dawod (Ketua Kampong)
Nazir.....................:Tuan Haji Mohd. Shah bin Haron
Timbalan Nazir..........:Encik Mohd. Surani bin Haji Shairi
Imam I...................:Encik Rosli bin Kasah
Imam II..................:Tuan Haji Zulkifli bin Mahfudz
Imam III.................:Encik Syekh Firdaus bin Mohd Shah
Bilal I......................:Encik Tajuddin bin Muhammad
Bilal II.....................:Encik Mohd Jani bin Kamis
Siak I......................:Encik Shahbuddin bin Abd. Malek
Siak II.....................:Encik Mat Sari bin Nisa
Setiausaha...............:Encik Mohd. Ariffin bin Saleh
Pen. Setiausaha.........:Puan Hajah Aini binti Fadzil
Bendahari.................:Encik Amirrudin bin Hassim
Ahli Jawatankuasa....:Encik Mohd. Ismawi bin Ishak
.............................:Encik Ab. Fatah bin Medin
.............................:Encik Salim bin Sirat
.............................:Encik Anuar bin Shahruddin
.............................:Puan Hajah Kelesom binti Mohd Sani
.............................:Puan Selamah binti Fadzil
.............................:Encik Riza bin Ishak
.............................:Encik Kamaruddin bin Haji Zainal
Pemeriksa Kira-Kira 1:Encik Bahaman bin Ismail
Pemeriksa Kira-Kira 2:Encik Sa’ari bin Misran
Biro Dakwah.............:Encik Rosli bin Kasah
Biro Pendidikan.........:Tuan Haji Zulkifli bin Mahfudz
Biro Anak Yatim dan..:Encik Mohd Surani bin Shairi
Warga Emas
Biro Tanah Wakaf.....:Encik Salim bin Sirat
Biro Ekonomi............:Encik Mohd Ismawi bin Ishak
Biro Keceriaan..........:Encik Ab Fatah bin Medin
Biro Kebajikan..........:Encik Amirrudin bin Hassim
Biro Riadah..............:Encik Mohd Jani bin Kamis
Biro Belia...............:Encik Riza bin Ishak
Biro Hal Ehwal Wanita:Puan Salamah binti Fadzil

Ada juga pembantu yang dilantik dan dibayar saguhati iaitu:-

Encik Aziz bin Ismail bertugas sebagai pembuka kunci pintu masjid semasa solat subuh sekiranya siak tak datang, muazzin sekiranya bilal takde, Imam sekiranya Imam tauliah tiada, dan sorang lagi iaitu Tuan Haji Abd Samat bin Arip sebagai pembantu siak untuk menceriakan luar kawasan masjid dan tanah wakaf.

Alhamdulillah ada juga hamba Allah yang bekerja tanpa mengharapkan imbuhan dunia.

Wassalam.

Sampaikanlah walaupun sepotong ayat

Assalamualikum.

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg tidak menyampaikan pengetahuan ini pada org lain.

Wassalam.

Keputusan Mesyuarat AJK KRT

Baju kuning tu bendahari, byk duit tue.

Yang kemeja kotak² pengerusi, yang pakai cermin mata timbalan pengerusi

Assalamualikum.

Mesyuarat AJK KRT malam tadi mula 9.30pm tamat 10.50pm.

Kehadiran 11 orang AJK dari 23

Antara keputusan diambil.
1. Mesyuarat Agong pada 25/12 jam 2.30 ptg di Pusat Operasi RT Kg Pendamar.
2. Perasmian oleh Peg. Perpaduan Daerah Klang.
3. Persiapan 25/12 jam 8.30 pagi
4. Setuju beri sumbangan kepada Damar FC RM150.00 utk sertai liga Peon.
5. Minta semua AJK membantu program Korban pada 28/11 di 4 lokasi iaitu:-
5:1. Rumah Cikgu Mokhtar ada 7 ekor.
5:2. Masjid ada 8 ekor.
5:3. Fasa 2 ada 4 ekor.
5:4. Rumah Imam 1 ada 1 ekor.

Sambil mesyuarat minum kopi arabica susu kambing, wow kopi power kata Sa'ari.
Razak selalu minum d port klang harga secawan RM3.00

Tapi malam ni saya offer RM30.00 satu peket (ada 20 sachet) kira separuh harga sesape nak oder cal/sms 013-3822427

Wassalam.

Wednesday, November 18, 2009

Mesyuarat AJK KRT Kg Pendamar

Assalamualaikum,

Malam ni kul 9.30pm ada mesyuarat AJK KRT kali ke 12 di Pusat Operasi Rukun Tetangga. Semua AJK di jemput hadir. - Pengerusi KRT sms.

Wasalam.

Tuesday, November 17, 2009

Latest update from Ceramic Business Focus Bhd.

Untuk makluman semua Ahli CBF

Latest Updates

12th Nov 2009 : Kelayakan untuk Promosi Genting
--------------------------------------------------------------------------

Dimaklumkan bahawa promosi Genting akan diadakan pada 17hb dan 18hb Disember 2009. Kepada pengedar yang tidak berjaya tersenarai dalam promosi tersebut dan ingin turut sama menjayakannya, anda hanya perlu membayar RM300 untuk menikmati percutian 2 hari 1 malam di Genting Highlands. Pakej termasuk penginapan, makan malam dan sarapan pagi.
Bayaran hanya boleh dilakukan di HQ CBFB dalam bentuk wang tunai sahaja sebelum 5hb Disember'2009.

Terima kasih.

Nak Shopping kat Ceramic E-Mart K.L

Assalamualaikum,

Pagi ni jam +-10am g emart kat k.l ngan fiza dan tim,
ingatkan nak shopping sbab banyak vocer e-mart,
tapi malang barang tak de, jadi aku beli kopi arabica,
koko dan milo aje,

boringla kalu camni sampai bile yek aku pun tak tau.

Downline sume tanya bila buleh kuarkan duit yang santai,
yang tak yah tunggu sampai kul 12.00 malam lagi dan
withdraw pun tak de limit lagi, bape nak kuarkan, cuma bayar
withdrawal fees rm15 sekali transaksi. nanti aku postkan
maklumat terkini dari syarikat yang aku dapat.

Hidup Ceramic Focus Bhd.

Cikgu Zul bertolak ke Klana Jaya

Assalamualaikum.

Malam tadi jam 8.00 mlm Imam 2 mesjid kg aku Cikgu Zulkifli dan istri slamat berangkat ke tanah suci untuk menunaikan haji,

Semoga mendapat haji yang mabrur.

Pagi ni solat subuh bacaan surah pendek aje kerana Imam 2 dah g haji,

Imam jemputan yang mengimamkan solat subuh pagi ni.

Wasallam.

Monday, November 16, 2009

Pembuka Tirai

Assalamualikum,

Alhamdulillah pertama kali aku mengisi blog aku yang baru disiapkan,
terima kasih pada puspasari yang tolong creatkan blog ni.

Buat permulaan kira ok gak, tak tau nak isikan ape maklumat yang berguna untuk para blogger sekelian.

Pertama aku dah masukkan waktu solat mengikut kawasan.

hari ni aku tak makan tengahari, asik minum kopi arabica dengan susu kambing aje.

nak cuba kopi tu sedap gak, boleh hubungi aku melalui email: bjt8878@yahoo.com
atau cal 013-3822427 bila-bila dan dimana saje.

Malamni lepas maghrib aku nak g umah Tuan Imam 2 masjid kg pendamar, Cikgu Zulkifli Mahfudz sebab dia nak g menunaikan haji bersama isteri dan kakaknya. Saya doakan semoga selamat berangkat dan selamat kembali ke tanah air dan semoga mendapat haji yang mabrur,

Bila sampai musim orang g haji ni, rasenya teringin lagi nak gi.