Friday, January 22, 2010

Perhimpunan Bulanan Bersama DB Bil. 1/2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pagi ni jam 8.00 pagi bermulalah perhimpunan bersama Datuk Bandar sesi 1/2010 yang diHoskan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar.

Pengarahnya Tuan Dr. Haji-Haji Roslan bin Haji Fadzil.

Dimulai dengan Nyanyian lagu Negeri Selangor, Negaraku dan Shah Alam,
Diikuti Bacaan Doa oleh YM Raja Tajuddin bin Raja Othman.
Seterusnya Ikrar Perkhidmatan Awam, (sebenarnya dia tengok teks jugak).

Tayangan Video Ucapan Tahun Baru YAB MB Selangor.

Seterusnya taklimat dari Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar bercampur dengan tayangan video.

Diikuti dengan Ucapan Ahli Majlis En. Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling

Akhirnya Amanat Datuk Bandar, antara ucapannya, bekerja bersama-sama untuk MBSA, walaupun beliau menyatakan tidak tahu apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh warga MBSA.

Seterusnya penyampaian Anugerah Khidmat Setia (Kerja dah lebih 25 tahun)dan penyampaian hadiah 1 keluarga 1 kenangan dan anugerah kualiti.

Makan kali ni ok nasi lemak (betul-betul lemak) ngan 2 ketul kueh dan air mineral.

Sekian jumpa lagi bulan depan. insyaAllah.

Wasallam.

Monday, January 18, 2010

Pertunangan Epit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semalam 17 Januari 2010 majlis pertunangan epit dengan gadis pilihannya dari Bandar Putra, Klang.







Majlis bermula dengan kenduri doa selamat pada malam sebelumnya kemudian pada petangnya jam 2.30 petang rombongan bertolak ke rumah perempuan di Bandar Putra dengan diikuti 15 buah kereta dan 15 dulang iringan.




Rupa-rupanya pilihan epit ni masih saudara lagi, jadi senanglah urusannya, wakil lelaki di ketuai oleh Bang Long Moktar, manakala wakil perempuan diketuai oleh sape saya pun tak pasti, yang pasti sumenya selesai dengan cepat.


Keputusannya, pinangan diterima, majlis pernikahan akan diadakan pada 20 Oktober 2010, hantaran berjumlah RM6,000.00 tunai, hantar separuh dulu.

Pihak perempuan membalas dengan 17 dulang iringan.



Semoga majlis ini diberkati dan di rahmati Allah S.W.T.





Wassalam.

Monday, January 11, 2010

Kenduri kawin Mardiana PR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari Sabtu lepas 9/1/2010 aku ke majlis kenduri kawin Mardiana Azmir (staff PR) di Dewan bankuet,

Ramai penyambut tetamu terdiri dari kakitangan lama dan baru Jabatan Korporat MBSA termasuk Siti yang dah lama berhenti kerana sekarang bekerja di Istana Klang.

Malam tu pulak gi kenduri di rumah Tuan Haji Mohammed Sood bin Haji Ngarip (bekas Ketua kampung/Bekas Pengerusi JKKKP) majlis marhaban dan potong jambul cucunya.

Wasallam.

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Kerja Tahun 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 4/1/2010 adalah permulaan hari bekerja ku setelah bercuti sakan seminggu.

Aku lewat sikit sampai di pejabat kerana menghantar anak aku kerumah Nenek Amaliah, anak aku tumpang dia pergi sekolah yang sama SMPRZ Pelabuhan Klang.

Jalan hari ini tak jem, mungkin kerana ramai bapa dan emak cuti sebab hantar anak-anak ke sekolah.

Sampai dipejabat aku tengok ada surat panggilan mesyuarat di atas meja aku untuk hadir kemesyuarat pada 31/12/2009, dah lewat sebab aku bercuti pada tarikh tersebut. Mesyuarat tersebut ialah mengenai pertandingan Dam Aji Grand Prix sempena perasmian PAMWNS pad bulan MAC nanti, (sepatutnya yang hadir bahagian sukan kerana tajuk mesyuarat ini memang kena sangat dengan bahagian sukan, nanti bila ditanya masa mesyuarat boleh jawab terus dengan tepat).

Aku pasal dam aji manalah tau sangat tapi aku dah menunaikan fardhu haji akhir tahun 2003.

Jadi tiadalah wakil yang hadir, tunggu ajelah borang penyertaan yang akan dihantar bila-bila masa atau tunggu panggilan mesyuarat kali kedua tak tahu bila.

Wasallam.

Majlis kenduri kawin rumah Rafiee Ahmad (Pa'iee)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semalam 3/1/2010 lebih kurang jam 12.30 tengahari aku dan keluarga ke majlis kenduri kawin Rafiee Ahmad di Dewan MBSA seksyen 28.

Ramai tetamu yang hadir, sampaikan pinggan pun shortage, tak sempat basuh. Orang kampung pun ramai yang hadir.

Aku ternampak Encik Jamri (Pengarah Pentadbiran MBSA) bersama keluarga hadir juga.

Balik aku singgah ke pejabat sebab nak solat Zohor dan Iefah dan isteriku ke PAS sebab nak beli tudung sekolah Iefah. Balik singgah lagi di kedai stationery di Taman Sri Andalas kerana isteriku nak beli sedikit peralatan sekolahnya.

Balik sampai rumah jam 3.30 petang.

Wasallam.

Mesyuarat Ahli Majlis PKBM 1/2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada 2/1/2010 lebih kurang pukul 12.30 tengahari aku keluar rumah ke pejabat Majlis Olimpik Malaysia di Jalan Hang Jebat Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis PKBM kali 1/2010. Antara keputusan yang diambil ialah bersetuju menganjurkan Jelajah 1 Malaysia dengan syarat ada duit atau berbelanja mengikut wang yang ada.


Tamat mesyuarat lebih kurang jam 6.30 petang terus balik kerumah.

Wasallam.

Doa Selamat Pindah Rumah dan ke Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 1/1/2010 yang lepas lebih kurang jam 6.15 petang aku dan keluarga ke rumah anak Bang Uda (Harun) di Alam Impian kerana mengadakan majlis doa selamat pindah rumah baru.

Balik dari sana terus ke Batu 9 Kampung Medan Sijangkang ke rumah Satilah(kawan isteriku) kerana majlis kenduri kawin anak lelakinya.

Dari sijangkang terus ke Pendamar Fasa 2 ke rumah Norzan di Jalan 16 kerana majlis kenduri kawin anaknya yang perempuan.

Balik kerumah jam 11.30 malam, cadang nak keluar jumpa kawan di Pusat Operasi KRT tapi dah penat badan, tak jadi terus tidur.

Wasallam.

Saturday, January 2, 2010

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum warahmatuillahi wabarakatuh.
Semalam 1/1/2010 genap umurku 53 tahun,

Tiada sambutan atau jamuan, hanya makan nasi goreng aje, Alhamdulillah boleh gak aku makan, kalau dibandingkan dengan penduduk di Sudan jauh bezanya yang mungkin 3 hari baru dapat makan, itupun apa jenis makanan kitapun tak tahu.

Waasallam.

Friday, January 1, 2010

Lawatan ke Padang dan Bukit Tinggi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 26/12/2009 yang lepas aku sekeluarga mengikuti lawatan ke Padang dan Bukit Tinggi anjuran Persatuan Lumba Basikal Selangor sehingga 29/12/2009.

Malam sebelum bertolak anak-anak aku tidor dalam bilik aku, sebab takut tak terjaga kerana kena berada di pejabat PLBS di Batu Belah tepat jam 5.00 pagi.

Sampai di LCCT jam 6.10 pagi terus ke kauter check in dan lepas tu g surau untuk solat subuh. Pastu duduk la dalam tempat menunggu.

Flight AK470 Seat aku 9C isteri ku 9D anak-anak ku di belakang, terbang jam 8.00 pagi.


Sampai di Airport Minangkabau Padang jam 8.00WI pagi juga (waktu Indonesia)

Sedang Q nak cop di Imigresen Padang.

Sedang menunggu pemandu pelancong di luar airport.

Setelah berjumpa dengan pemandu pelancong dan juga wakil P.T.Pinang Jaya Travel & Tours, kami pun naik bas dan Van untuk kedestinasi yang seterusnya.

Ini dia pemandu pelancungnya Pak Martin tetapi muslim asli 100%.

Aktiviti hari pertama 26/12/2009 tiba di Padang.

Melawat sekitar bandar Padang melihat kesan runtuhan akibat gempa bumi yang melanda Padang.





Berhenti di parking nak g shooping di Pasaraya Padang.

Lepas membeli sedikit barang dan buah duku langsat terus naik bas dan bergerak ke rumah makan. Sampai di Rumah Makan Restu Mama untuk makan tengahari.

Yang ini Encik Zailani, ketua rombongan kami dari Malaysia, saya cadangkan kepada sesiapa nak ke Indonesia di mana saje bolehlah hubungi beliau di 0193377838 untuk pergi sana samada individu, keluarga atau group, sebab dia dah ada KTP Indon, ori lagitu.

Lepas makan tengahari kami bergerak ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang.

Plaque perasmian Pusat Dokumentasi.

Baring kejap dah penat berjalan, turun bukit naik bukit.

Sempat gak anak aku mengenakan pakaian pengantin tradisional masyarakat minangkabau dan bergambar bersama-sama sekeluarga.

Haaah, yang ini pasangan pengantin yang bersanding kali kedua di ranah minang, Zulaihi Seri dan Ling Chee.

Berhenti diperjalanan ke Bukit Tinggi di Mahkota Shooping Centre, tepi jalan aje.


Sempat gak aku berjalan di kampung dimana kerja-kerja menumbuk beras pulut, beras, ubi, dan jagung untuk dijadikan tepung dengan cara menggunakan kincir air, memang kreatif, boleh tumbuk serentak ada banyak lesung dan alunya.



Sampai di tempat penginapan Hotel Asia Bukit Tinggi jam 7.30WM (Waktu Malaysia) malam, kira ok lah hotel ini, yang mustahak boleh tidor, boleh mandi dan buang air kecil dan besar, aku duduk di bilik tingkat 3 (paling tinggi) hujung sekali, air sejuk kecik aje kuarnya, tapi air panas kuat sebab ada tangki di atas. Ada sekali tu masa aku nak mandi air sejuk tak kuar, yang kuar air panas aje, mak oi mendidih dibuatnya.

Pintu masuk ke Hotel Asia, suram aje, seram dibuatnya.

2 katil single kira ok dah.

Jam 8.30WM malam kami keluar untuk makan malam di Rumah Makan Gon Raya (masakan padang).








Balik makan terus g tidor, ada gak yang lain pergi mana aku pun tak tahu, SPA katanya.

Hari kedua 27/12/2009 masih di Bukit Tinggi.

Sarapan pagi di Hotel Asia, Bukit Tinggi, nasi goreng dan lontong, air teh O dan kopi O, adala keropok sikit.

Lepas minum pagi keluar hotel jalan-jalan sikit kat luar dan amik gambar apa yang patut, Hotel Asia ni terletak di Jalan Kesehatan (sebab ada Hospital dan banyak klinik swasta dan kedai Farmasi)




Pagi ni lawatan dimulai ke rumah Hajah Rosmah, pusat menjahit sulaman di rumah, mari kita lihat gambar di bawah, jalan ke sana sempit hanya untuk satu kenderaan sahaja, kalau berselisih kena berhenti ketepi salah satu kenderaan.






Orang Kelantan pun berkursus dengan Hajah Rosma mengenai sulaman mulai Oktober 2008 hingga April 2009, Hebat orang Kelantan.


Selepas itu kami semua ke objek wisata seterusnya iaitu Ikan Sakti, konon ceritanya ada satu keluarga yang mempunyai 2 orang anak, seorang lelaki dan perempuan, satu hari ibunya ke hutan mencari makanan, emaknya sibuk di dalam rumah, kedua orang anak yang masih kecil ini bermain di luar berhampiran dengan perigi, lalu kedua-dua anak ini terjatuh kedalam perigi. Selepas bapanya balik dicari anaknya tidak berjumpa sehinggalah malam. malamnya bapanya bermimpi berjumpa dengan dua ekor ikan dalam perigi di hadapan rumahnya dan ikan itu bercakap bahawa takpayahlah mencari dia(anaknya)kerana mereka telah pergi jauh dan tidak akan kembali lagi, selepas itu ikan itu pun menyelam ke dasar perigi. Esok paginya bapa kanak-kanak ini pergi keperigi tersebut dan didapati ada 2 ekor ikan sedang berenang-renang dan di tepi perigi itu tumbuh pohon beringin. Ikan dalam kolam ini tidak boleh dimakan, Pada masa Belanda menawan Indonesia, seorang askar belanda telah menangkap ikan dikolam ini dan dimasak serta di makan, esok paginya askar belanda ini dijumpai mati. Sampai sekarang tiada siapa yang berani menangkap dan memakan ikan yang terdapat di kolam ini, ditepi kolam ada musholla.


Selepas itu kami bertolak ke tempat pembuatan minuman ubat tradisional. Disana sempat minum air daun kopi dan air daun mulbery, baik untuk penghidap darah tinggi dan kencing manis kata penyambut tetamunya.

Sempat juga kami makan durian yang dibeli oleh Zai.


Sebelum balik sempat juga beli beranika kerepek dan makanan tradisional Indonesia.
Seterusnya rombongan kami hanya lalu sahaja di istana Pagar Ruyung kerana sedang dalam proses pembaikpulihan selepas terbakar.


Akhirnya kami singgah di istana Silinduang Bulan berhampiran dengan istana Pagar Ruyung, disini kami beli ciku besar dan manis, diberi untuk mencuba oleh penjual. Emak suka makan ciku yang telah masak ranum(Lowthong - sebut dalam bahasa jawa).



Kami bergerak untuk makan tengahari di rumah makan Pondok Flora Batu Sangkar.



Baki(lebihan) makanan kami campakkan kedalam kolam di bawah pondok tempat kami makan, mak ooi boleh tahan besor2 ikannya.

Selesai makan kami bergilir solat zohor jamak asar, sebab mushollanya kecil.
Dalam perjalanan ke Jam Gadang kami singgah ke hasil kerja tangan di Pandai Sikek, ada jual pakaian dan ukiran kayu.





Kemudian kami terus bergerak ke Jam Gadang dan Pasar Atas Bukit Tinggi, Boleh tahan la gak, susah nak pilih pakaian sebab terlampau banyak pilihan dan tak tahu nak beli yang mana.

Dah selesai shooping nak balik ke Bas tak boleh sebab hujan lebat sangat, apa nak buat redah aje hujan tu sama Pak Martin sebab dah lewat 1/2 jam dengan janji asal.

Jam 8.30 malam (WM) Makan malam di Rumah Makan Gon Raya Bukit Tinggi sekali lagi.










Selesai makan kami balik hotel Asia, pastu aku, Amrun, Zai, Latif, Zonis, Yayang dan Zulai gi urut refleksologi sebab penat berjalan seharian.

Lepas selesai urut kami makan durian ngan pulut kukus. Aku paling banyak makan durian tengokla bijinya.


Selesai makan durian balik hotel ASIA dan tidur.

Hari ketiga 28/12/2009 di Bukit Tinggi dan Padang.

Sarapan pagi di hotel masih sama nasi goreng, Nasir merungut sebab kenapa tiada makanan lain selain nasi goreng. Kami semua check out dari Asia Hotel kerana akan bergerak ke Padang dan tidur di sana.

Tempat pertama lawatan hari ketiga ini ialah Pasar Grosir Aur Kuning Bukit Tinggi namanya, memang luas pasarni kalau sehari berjalan pun tak habis, macam-macam ada, yang takda emak bapak aje.

Lepas shopping lebih kurang kul 11.30pagi kami ke Rumah Makan Gon Raya Bukit Tinggi untuk makan tengahari masakan padang.

Habis saje makan kami terus bertolak ke Padang melalui kawasan 44 kelok sambil menyaksikan keindahan Tasik Maninjau dari aras tertinggi yang di beri nama Ambun Pagi.







Kami berhenti solat Zohor Jamak Asar di Masjid Jamik Tasik Maninjau.



Perjalanan jauh yang memenatkan tapi menyeronokkan, kami juga melalui daerah Pariaman yang baru sahaja ditimpa gempa, kelihatan penduduk tinggal di khemah-khemah di luar rumah lagi. Perjalanan dari Tasik Maninjau hinggalah ke hotel di Padang hujan turun tidak berhenti.
Kami tiba di Hotel Djakarta Padang jam 8.00malam (WM). Solat Maghrib Jamak Isyak.

Jam 8.30malam (WM)kami keluar untuk makan malam di Rumah Makan Mama Restu(Restoran yang mula-mula kami sampai untuk makan tengahari), makan berapa banyak nak, tetapi tidak boleh tinggalkan sisa, kalau ada sisa kena bayar extra.

Balik hotel Djakarta tidur.

Hari keempat dan terakhir 29/12/2009 di Padang dan LCCT.

Pagi ni Azhar sekeluarga dan Latif serta Zonis pulang awal tidak bersama kami kerana tiket dah habis, Pukul 5.05pagi (WM) mereka bertolak ke Bandara Minangkabau.

Pagi lepas sarapan kami keluar berjalan cari kedai jual pakaian dan apa yang patut, nak habiskan Rupiah yang ada.

Dalam perjalanan cari kedai ni kami berpusing buat satu bulatan mengelilingi hotel Djakarta, jadi jumpalah beberapa kesan akibat gempa dan runtuhan kedai Pasar Atas Padang.












Kul 11.30pagi(WM) check out dari Hotel Djakarta nak ke Bandara Minangkabau, nak balik ke Malaysia. Sampai di Airport Minangkabau selepas check in aku solat Zohor Jamak Asar.


Lepas solat aku duduk dikerusi sambil melihat-lihat ke atas, tiba-tiba aku nampak salah satu gelegar bumbung airport dah retak dan menunggu nak jatuh aje, tapi nampaknya dia orang kerja jugak buat tak kesah aje.


Dah boarding kena tunggu lagi lah pulak, flight delay satu jam, boaring tunggu. Naik flight aku duduk di seat 9A dan isteriku 9B


Sampai di rumah maghrib, Zulaihi dan isterinya aku pelawa tidur di rumah 2 malam,

Itulah sedikit diari perjalanan hujung tahun 2009 aku dan keluarga dalam Cuti-Cuti Malaysia 2009.

Emak sakit bila aku tiba di rumah, aku pun buat la apa yang patut untuk bantu emak dan aku terpaksa ambik EL sehari lagi.




Semoga ibu cepat sembuh, sesiapa yang terbaca blog ini dan ada penawar untuk penyakit ibuku iaitu athma (lelah) tidor tak boleh baring hanya menyandar sahaja di kerusi.

Wasallam.