Wednesday, June 30, 2010

PERGI DAN TAK KEMBALI LAGI SEORANG AHLI KARIAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Pagi tadi jam 5.00 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari hand phone isteriku memaklumkan Abang Mat Yassin suami Kak Wok meninggal dunia, Innalillahi wainnailaihi rajiun. Beliau pergi dalam usia 64 tahun. Allahyarham sudah 2 hari mengadu sakit perut dan telah pergi mendapatkan rawatan di Klinik swasta, tapi doktor kata tak sakit apa-apa, angin aje.

Oleh kerana tak tahan sakit lagi, dalam waktu dinihari menantunya telah membawa Allahyarham ke HTAR Klang, belum sempat doktor membuat pemeriksaan, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ada angin mengkhabarkan beliau mungkin sakit apendix, wallahuahlam.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, June 23, 2010

KEPUTUSAN YANG KURANG MEMUASKAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Keputusan pasukan lumba basikal selangor amat mengecewakan pada SUKMA kali ini, tidak mencapai sasaran pungutan pingat iaitu 3E, 3P, dan 3G. Jumlahnya 9 pingat. Pingat yang diperolehi hanya 7 butir sahaja iaitu 2E, 4P dan 1G melalui acara dan pelumba berikut:

2 EMAS

1. 1km. Ujian Masa Perseorangan Lelaki - Mohd Akmal Amrun.
2. Jalan Raya Lepas Beramai-Ramai Perseorangan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.

4 PERAK

1. Ujian Masa Berpasukan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman, Musliha Salim, Nur Farah Ain dan Nurul Shafinaz.
2. Ujian Masa Perseorangan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.
3. Kriterium Point Race Lelaki - Mohd Akmal Amrun
4. 1.5km Down Hill Lelaki - Nur Shariel Haizat Mohammed @ Talib.

1 GANGSA

1. Kriterium Point Race Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.

Nampak gayanya tak jadilah Skuad SUKMA ni pergi makan angin keluar negara sebab pungutan pingat tidak melebihi sasaran iaitu kalau berjaya memungut 3 pingat emas dan bonus 3 lagi emas barulah boleh keluar negara (perbincangan ini dibuat semasa mesyuarat agong tempoh hari di Kuala Selangor).

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, June 11, 2010

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PLBS 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhm, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Pada 7 Jun 2010 jam 8.30 malam bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Selangor kami dari Persatuan Lumba Basikal Selangor telah mengadakan mesyuarat agong kali ke 59, Woww dah nak masuk kategori warga emas PLBS ni.

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.