Monday, March 15, 2010

MAJLIS TERIMA MENANTU DAN CUKUR JAMBUL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pada 12 dan 13 Mac 2010 hari yang memenatkan, kerana pada hari tersebut aku cuti untuk sama-sama merewang dirumah abang iparku Haji Mustafa untuk kenduri terima menantu dan juga khenduri cukur jambul cucu kedua dari anaknya Mohd Saifullah.

Pagitu hanya beberapa orang sahaja yang datang rewang kerana tak di jemput untuk rewang, dengornya yang nak masak sume orang dari Johor, tak tahula sape?. Aku dengan Kamal, Saharuddin dan Hamid adik aku basuh ayam 20 kg. dari kul 11.30 sampailah jam 1.00 baru selesai, sakit pinggang dah terasa sikit, Selepas Jumaat kul 3.30 petang kerja-kerja untuk menumbangkan lembu aqiqahpun berjalan, maklumlah tak biasa menumbangkan lembu, susah jugak rupanya, tapi nasib baik ada Jefrydin dan Kamal yang boleh tolong tumbangkan, Selepas di sembelih oleh Tuan Nazir (Hj. Mohd. Shah Haron) kerja melapah kulit dimulakan, ini pun kerja rumit jugak, kalau takde pengalaman janganlah cuba buat, ia memerlukan pisau yang tajam dan kekuatan mental dan fizikal jugak. Selesai melapah memotong tulang selangka la pulak.

Daging dan tulang dibahagi dua (satu bahagian masak lemak cili padi - Kak Sal dan Saloma yang masak dan satu bahagian lagi masak kawah - Aziz pembantu muazzin yang masak)Tulang yang besor-besor masak sup, aku makan cebisan daging yang melekat di tulang sup aje sebab kuahnya dah habis.

Hari berlangsung kenduri Sabtu pagi takde lagi orang rewang, entah mane aku pun taktahu, dimaklumkan kemudian kawan-kawan pengantin semunya kerja, takleh nak kate ape, jemputan tak berapa ramai sangat sebab edaran kad hanya 600 x 2 = 1200 dan yang datang lebihkurang 700 orang. Fuyooh penat betul hari tu, sakit pinggang aku dah mula terasa sakit sangat, petang bila dah selesai majlis, aku sorang-sorang basuh pinggan dan gelas peralatan hidangan yang lain kat belakang rumah. sebab tempat basuh pinggan setup di belakang rumah aku, jadi aku kena clearkan suma sebelum malam menjelang, selesai suma betul-betul azan maghrib berkumandang.

Malam aku tak leh tidor, sebab sakit pinggang, isteriku pun panaskan tungku dan bungkus kemudian letakkan dipinggang aku, lega sikit, nak tido malam gosok sikit bam panas, boleh tidorla lepastu.

Alhamdulillah selesai semua, (bapedapatcollectiontaktahulepulak).

Monday, March 1, 2010

MESYUARAT MELETAK KERJA KENDURI AQIQAH DAN SAMBUT MENANTU

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 27/2/2010 satu mesyuarat ringkas untuk mengadakan kenduri Aqiqah Putera Saiful Umar bin Saifullah dan menyambut menantu Aznan Mustafa diadakan dirumahku selepas solat fardhu Isyak.

Hadir bersama ialah


Wasalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.