Tuesday, July 13, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN PERTUNANGAN INA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah selesailah sudah majlis bacaan Yaasin, Tahlil, Doa Selamat dan pertunangan anakku Ina pada Sabtu 10 Julai 2010 yang dilangsungkan di teratakku mulai jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang.

Majlis dimulakan pada hari Jumaat malam Sabtu iaitu makan-makan dan bakar ikan, udang serta ayam untuk keluarga yang akan membantu kerja-kerja persiapan dan memasak pada pagi Sabtu nanti. Boleh katakan 95% keluarga semua datang pada malam tersebut.

Antara keluarga yang hadir

Sabtu pagi majlis bermula jam 10.30 pagi dengan kehadiran rombongan Kumpulan Yaasin Wanita Kampung Pendamar dan Perumahan Fasa Dua, Bacaan Yaasin dimulakan pada jam 11.00 pagi dan diikuti dengan Tahlil arwah kedua-dua bapa dan mertua serta keluarga kedua-kedua belah pihak, Ustazah Maznah dari Jalan Kebun, Klang telah memimpin majlis ini.

Majlis selesai jam 12.00 tengahari dengan diikuti jamuan makan, menu makan ialah nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, sambal goreng, pecal(sumbangan Selamah - kakak ipar), ayam goreng berempah (resipi Miezah anakku), sup tulang (Aziz Janggut masjid) dan telor masin dan minuman pula ialah cendol(sumbangan Jaliah IT - kawan isteriku) dan air selangor (campuran sirap dan sunquick).

Tepat jam 1.45 petang selepas solat zohor giliran jemaah masjid dan orang kampung lelaki pula datang untuk majlis Tahlil dan Doa Selamat, majlis dipimpin oleh Tuan Nazir iaitu Tuan Haji Mohd. Shah bin Haron hingga selesai dan doa makan dibacakan oleh Tuan Imam 1 iaitu Tuan Rosli bin Kasah. Majlis selesai jam 2.45 petang.

Jemaah masjid yang hadir

Testing duduk di tirai kayu, muat ke tak

Mak Andam " Ekin "

Dah siap la tu, pasni mesti amik gambar

Haa kan betul, Three Stojers dah amik gambar dalam bilik

Kami sekarang menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki untuk majlis seterusnya iaitu pertunangan anakku. Rombongan yang dijanjikan sampai jam 3.45 petang dengan membawa 5 dulang hadiah iringan dan sebentuk cincin.



Abang Long Mokhtar dilantik sebagai jurucakap bagi pihak aku. Majlis tanya-serah dan setujuterima berlangsung amat cepat sekali, Aku sendiri baca doa selamat, sebab Imam 3 ada kat luar rumah dan dia tak bersedia untuk membaca doa bagi majlis ini. Tarikh telah ditentukan iaitu majlis pernikahan antara anakku Nur Amalina dengan Mohd. Zahid Haji Abd. Rahim akan diadakan pada 2 April 2011 dan majlis kendurinya akan diadakan pada 3 April 2011,
Jadi dengan tak resmi aku jemput sesiapa yang baca blog ini datang kerumah ku untuk majlis kenduri pada tarikh tersebut diatas di Lot 1142, Batu 3 1/2, Kampung Pendamar, Klang dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Rombongan pihak lelaki balik jam 5.00 petang dengan membawa pulang balasan hadiah iringan sebanyak 9 dulang.Majlis mengemas selesai jam 7.00 malam.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment