Wednesday, December 8, 2010

OSTARKlg74

Alhamdulillah, malam tadi sempena 1 Muharram 1432H bertempat di warung lepak Haji Wahid dan Fuad yang terletak di lorong hadapan Petronas Sg. Pinang, tepat jam 9.00 malam kami bekas pelajar sekolah tengku ampuan rahimah klang sesi tahun 1974 (tingkatan 5) hadir berkumpul setelah sekian lama tak jumpa.

Ada berita yang di kumpul dan cerita berbagai, kenangan lama timbul kembali.
Perjumpaan seterusnya akan dirancang pada masa hadapan dengan lebih meriah lagi, malam tadi perjumpaan secara santai aje, Haji Wahid siap nyanyi lagi dengan Karaoke.

Aku balik jam 1.00 pagi. Kalau ada kengkawan yang baca blog ni sila talipon saya di 013-3822427 dan nyatakan bekas star tingkatan berapa.

Wasallam.

Friday, September 24, 2010

PENGERUSI BADAN KHAIRAT KG. PENDAMAR MENINGGAL DUNIA, ALFATIHAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin, Amin, Amin Ya Robbal Alamin.

Begitulah suratan yang telah tertulis dari sejak a2ali, Tuan Haji Abdullah bin Mustajab telah meninggal dunia pada 22 September 2010 jam 7.00 pagi, aku dimaklumkan oleh sepupuku Ahmad bin Yaakob lebih kurang jam 9.15 pagi melalui telefon.

Jena2ahnya telah dimandi dan kafankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian di bawa balik kerumahnya sebentar untuk tujuan penghormatan terakhir oleh anak-anak, saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan kemudian jena2ah di bawa ke masjid untuk disolatkan. Selesai solat jenaah terus di bawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Raja Uda Pelabohan Klang (Tanah kelahirannya), Imam yang memimpin bacaan Yaasin, tahlil serta talkin ialah Tuan Haji 2ulkifli bin Haji Mahfud2 (Imam 2 Kg. Pendamar) manakala Imam yang mengetuai solat ialah Tuan Haji Mohd. Shah bin Haron (Na2ir Kg. Pendamar).

Selain dari menjadi Pengerusi Badan Khairat Kg. Pendamar, Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kawasan Kg. Pendamar dan juga Bendahari JKKK Kampung Pendamar, Klang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat .. Al-Fatihah ................. Amin.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, September 2, 2010

ATTACK, CURE, SEHAT dan ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Dah lama rasnye tak menjenguk blog ni, almaklumlah baru bekerja semula pada 1 Sept. 2010 selepas lama bercuti sakit mulai 10 Ogos 2010. Sakit kerana masalah jantung hatiku. Minggu depan 6 Sept pagi akan menjalani pemeriksaan ulangan di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam.
Semasa aku kena attack pertama (pengsan) di dalam auditorium mbsa sempena perhimpunan bersama datuk bandar (datuk bandar tak de masa tu kerana bercuti keluar negara, diwakilkan kepada timbalan sahaja). Aku dikejarkan ke DEMC kerana jaraknya cuma 400 meter dari pejabat (untungnya ada panel hospital berhampiran pejabat).
Aku sedang diangkat oleh staff MBSA, Dari kiri Maniam (pemandu), Hamzah (perancangan), Ijoy (hasil), Zafry (khidmat bandar), Nampak belakang kepala dari kiri Fahmy (kebudayaan), Roshan (hasil) dan Kimy (ICT)
Dr. Roslan Fadzil sedang menghubungi DEMC.

Duduk dalam wad 5 hari, Dr. Abd. Rahman kate injap saluran jantung aku lemah (dimana dia tak berfungsi sepenuhnya - aku manalah tau). Aku mintak "discharge" pada 14 Ogos walaupun Dr. tak benarkan, malkumlah bulan Ramadhan, kesian isteri dan anak-anakku datang berbuka dan bersahur di bilik wad aku, cam dok dalam hotel kan (bayaran wad satu hari RM250.00). Alhamdulillah kerana ada kelayakkan bayaran untuk sakit kronik iaitu untuk satu keluarga RM10 ribu setahun, jadi aku dah guna setakatni RM5 ribu lebih, so tinggal lagi RM4 ribu lebih.

Ubat yang aku kena makan buat masa ni ialah satu zorkov, satu gastrik dan tiga lagi pencair darah. Ada satu lagi ubat cecair yang kene injek di perut untuk tujuh hari, (macam penagih dah). Kengkawan aku yang tolong angkat aku dari dalam auditorium sampai ke hospital (temasuk pemandu kereta honda accord yang bawak aku ke DEMC - tak dikenali sebab dia lalu pastu kengkawan ni gi tahan, terus bawak aku masuk kereta dia), terima kasih aku ucapkan yang tidak terhingga semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan sekelian. kepada kengkawan lain dan sedara-sedara aku yang ziarah aku semasa di DEMC juga aku ucapkan terima kasih, jasa tuan/puan tetap ku kenang.

Aku dimaklumkan sharul sempat snap gambar aku semasa di bawa ke hospital, nanti kalau ada aku uploadkan.

OK setakatni sahaja, kita jumpa di lain tajuk pula, wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, July 13, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN PERTUNANGAN INA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah selesailah sudah majlis bacaan Yaasin, Tahlil, Doa Selamat dan pertunangan anakku Ina pada Sabtu 10 Julai 2010 yang dilangsungkan di teratakku mulai jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang.

Majlis dimulakan pada hari Jumaat malam Sabtu iaitu makan-makan dan bakar ikan, udang serta ayam untuk keluarga yang akan membantu kerja-kerja persiapan dan memasak pada pagi Sabtu nanti. Boleh katakan 95% keluarga semua datang pada malam tersebut.

Antara keluarga yang hadir

Sabtu pagi majlis bermula jam 10.30 pagi dengan kehadiran rombongan Kumpulan Yaasin Wanita Kampung Pendamar dan Perumahan Fasa Dua, Bacaan Yaasin dimulakan pada jam 11.00 pagi dan diikuti dengan Tahlil arwah kedua-dua bapa dan mertua serta keluarga kedua-kedua belah pihak, Ustazah Maznah dari Jalan Kebun, Klang telah memimpin majlis ini.

Majlis selesai jam 12.00 tengahari dengan diikuti jamuan makan, menu makan ialah nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, sambal goreng, pecal(sumbangan Selamah - kakak ipar), ayam goreng berempah (resipi Miezah anakku), sup tulang (Aziz Janggut masjid) dan telor masin dan minuman pula ialah cendol(sumbangan Jaliah IT - kawan isteriku) dan air selangor (campuran sirap dan sunquick).

Tepat jam 1.45 petang selepas solat zohor giliran jemaah masjid dan orang kampung lelaki pula datang untuk majlis Tahlil dan Doa Selamat, majlis dipimpin oleh Tuan Nazir iaitu Tuan Haji Mohd. Shah bin Haron hingga selesai dan doa makan dibacakan oleh Tuan Imam 1 iaitu Tuan Rosli bin Kasah. Majlis selesai jam 2.45 petang.

Jemaah masjid yang hadir

Testing duduk di tirai kayu, muat ke tak

Mak Andam " Ekin "

Dah siap la tu, pasni mesti amik gambar

Haa kan betul, Three Stojers dah amik gambar dalam bilik

Kami sekarang menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki untuk majlis seterusnya iaitu pertunangan anakku. Rombongan yang dijanjikan sampai jam 3.45 petang dengan membawa 5 dulang hadiah iringan dan sebentuk cincin.



Abang Long Mokhtar dilantik sebagai jurucakap bagi pihak aku. Majlis tanya-serah dan setujuterima berlangsung amat cepat sekali, Aku sendiri baca doa selamat, sebab Imam 3 ada kat luar rumah dan dia tak bersedia untuk membaca doa bagi majlis ini. Tarikh telah ditentukan iaitu majlis pernikahan antara anakku Nur Amalina dengan Mohd. Zahid Haji Abd. Rahim akan diadakan pada 2 April 2011 dan majlis kendurinya akan diadakan pada 3 April 2011,
Jadi dengan tak resmi aku jemput sesiapa yang baca blog ini datang kerumah ku untuk majlis kenduri pada tarikh tersebut diatas di Lot 1142, Batu 3 1/2, Kampung Pendamar, Klang dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Rombongan pihak lelaki balik jam 5.00 petang dengan membawa pulang balasan hadiah iringan sebanyak 9 dulang.Majlis mengemas selesai jam 7.00 malam.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, July 3, 2010

MAJLIS KHENDURI PERKAHWINAN ANAK SHAMSUDDIN SHAIRI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hari ini 3 Julai 2010 majlis khenduri kahwin anak shamsuddin shairi yang diadakan di rumah Tuan Haji Shairi dan rumah Cik gu Surani.

Aku rewang mulai dari 2 Julai hari Jumaat lagi tu, Dah lama tak menebang pokok kelapa untuk ambil umbutnya, sakit pinggang dibuatnya, jadi malam tak larat nak pegi rewang lagi.

Kul 12.00 tgh aku pergi ke Dewan Bankuet MBSA untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan yang diadakan oleh Shahrin Ahmad (mantan Ahli Majlis (BN) MBSA), kemudian terus ke Dewan Raja Lumu Muzium Shah Alam untuk menghadiri majlis kenduri kahwin yang di buat oleh Haji Zaini (anaknya kawan Iepa).

Selesai aje terus ke rumah majlis kenduri perkahwinan Din Tompel di rumah Cikgu Surani, sampai sana jumpala saudara jauh dari Bukit Pelanduk, Meru dan dari tempat lain.

Aku bergegas balik kerana belum solat zohor.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, June 30, 2010

PERGI DAN TAK KEMBALI LAGI SEORANG AHLI KARIAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Pagi tadi jam 5.00 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari hand phone isteriku memaklumkan Abang Mat Yassin suami Kak Wok meninggal dunia, Innalillahi wainnailaihi rajiun. Beliau pergi dalam usia 64 tahun. Allahyarham sudah 2 hari mengadu sakit perut dan telah pergi mendapatkan rawatan di Klinik swasta, tapi doktor kata tak sakit apa-apa, angin aje.

Oleh kerana tak tahan sakit lagi, dalam waktu dinihari menantunya telah membawa Allahyarham ke HTAR Klang, belum sempat doktor membuat pemeriksaan, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ada angin mengkhabarkan beliau mungkin sakit apendix, wallahuahlam.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, June 23, 2010

KEPUTUSAN YANG KURANG MEMUASKAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Keputusan pasukan lumba basikal selangor amat mengecewakan pada SUKMA kali ini, tidak mencapai sasaran pungutan pingat iaitu 3E, 3P, dan 3G. Jumlahnya 9 pingat. Pingat yang diperolehi hanya 7 butir sahaja iaitu 2E, 4P dan 1G melalui acara dan pelumba berikut:

2 EMAS

1. 1km. Ujian Masa Perseorangan Lelaki - Mohd Akmal Amrun.
2. Jalan Raya Lepas Beramai-Ramai Perseorangan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.

4 PERAK

1. Ujian Masa Berpasukan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman, Musliha Salim, Nur Farah Ain dan Nurul Shafinaz.
2. Ujian Masa Perseorangan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.
3. Kriterium Point Race Lelaki - Mohd Akmal Amrun
4. 1.5km Down Hill Lelaki - Nur Shariel Haizat Mohammed @ Talib.

1 GANGSA

1. Kriterium Point Race Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.

Nampak gayanya tak jadilah Skuad SUKMA ni pergi makan angin keluar negara sebab pungutan pingat tidak melebihi sasaran iaitu kalau berjaya memungut 3 pingat emas dan bonus 3 lagi emas barulah boleh keluar negara (perbincangan ini dibuat semasa mesyuarat agong tempoh hari di Kuala Selangor).

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.