Thursday, February 25, 2010

MESYUARAT AJK MASJID KALI KE 7 2009/12

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Malam tadi 24/2/2010 berlangsungnya mesyuarat AJK Masjid kali ketujuh sesi 2009/12 di Pejabat JKKKK Kg. Pendamar. Kehadiran AJK memuaskan walaupun tak 100%.

Antara keputusannya ialah:

1. Sambutan Maulud pada 25/2/2010, Penceramah Ustaz Nasaruddin Shahnawi, jamuan makan briyani kambing dan ayam.
2. Membina tandas baru.
3. Bekerjasama dengan JKKK mengadakan Karnival Mesra Rakyat.
4. Masjid ini dijadikan pusat serantau persatuan tabligh selangor.
5. Meluluskan permohonan En. Baharuddin untuk bekerjasama dengan masjid untuk membuat projek tanaman fertigasi.
6. Meluluskan permohonan bantuan SAR membuat tambahan bangunan sebanyak RM12,500.00.
7. Menukar papantanda nama masjid kepada tulisan jawi dan rumi.
8. Mengambil gambar saiz pasport AJK dikedai gambar Pendamar Indah 2.
9. Meluluskan pembelian kitab berzanji.
10. Membuat atau membeli almari untuk mengantung telekong dengan segera.
11. Menambah tingkat almari untuk menyimpan kitab dan al-quran.
12. Membina tempat kasut yang lebih sesuai lagi.
13. Memberi saguhati pembantu bilal En. Nordin Ngah RM150.00 sebulan.
14. Memberi saguhati tambahan kepada Siak 2.

dan ada banyak lagi cadangan dan keputusan yang tak boleh ditulis disini sebab sulit, hanya boleh dimaklumkan kepada AJK sahaja. Wallahhuaklam. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 malam.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, February 12, 2010

Perjalanan balik yang meletihkan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam 11 Feb 2010 semasa balik dari pejabat melalui Alam Impian dan Jalan Kebun, saya terperangkap dengan kesesakkan yang amat sangat, cuba anda fikirkan selalu keluar opis jam 5.00 petang boleh sampai rumah 5.30 petang, tapi semalam keluar jam 5.05 petang sampai kerumah jam 7.00 malam.( perjalanan biasa setengah jam tetapi semalam menjadi 2 JAM )

Saya terperangkap diantara Sekolah Keb. Tamil Ladang Batu 4 sehingga ke bulatan kecil menghala ke Jalan Kebun, semua kerana gara-gara pengagihan limau sempena tahun baru cina di hadapan kilang thermos oleh siapa orangnya saya pun tak tahu, mungkin saje-saje nak bagi kepada semua kenderaan yang lalu di jalan tersebut, akibatnya kenderaan tak bergerak lancar dan saya tersangkut di bulatan kecil tersebut 20 minit akibat tiada satu pun pemandu yang bertolak ansur, sehinggalah sampai anggota trafik PDRM untuk melancarkan perjalanan, TERIMA KASIH TUAN POLIS.

Lain kali saya cadangkan kalau nak agihkan apa-apa pun janganlah cari masa orang balik kerja, orang semua nak cepat, nak balik solat Asar, nak ambik anak sekolah, nak ambik isteri/suami di tempat kerja lain dan macam-macam lagi, walau pun setahun hanya sekali sahaja, tetapi masalahnya kalau tahu lebih awal kita boleh merancang perjalanan, betul tak.

Wasallam.

Thursday, February 11, 2010

Mesyuarat AJK KRT ke 2/2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam 10 Feb. 2010 jam 9.30 malam di Pusat Operasi KRT Kg. Pendamar diadakan mesyuarat AJK KRT kali kedua bagi tahun 2010.



Seramai 15 orang AJK hadir dalam mesyuarat tersebut.
1. Mohd. Ismawi Ishak - Pengerusi
2. Mohd. Ariffin Saleh - Setiausaha
3. Shaharuddin Muslim - Bendahari
4. Mohd. Arman Sahrom - Pen. Setiausaha
5. Kamaruddin Ibrahim - AJK
6. Mohd. Nazid Zainal Abidin
7. Misran Ramdzan
8. Abd. Malik Yunus
9. Abd. Rasak Hashim
10. Saari Misran
11. Mohd. Adali Yahya
12. Mohd. Rizal Rohani
13. Mohd. Safian Puteh
14. Mohd. Zain bin Rashid
15. Nordin Ngah

Antara keputusan mesyuarat yang diambil ialah:

1. Gotong Royong mengindahkan Pusat Operasi 26 Feb 2010 jam 8.00 pagi.
2. Ceramah Maulud Nabi pada 27 Feb. 2010 kalau tak bertembung ngan masjid.
3. Sukan Dart dan Karrom sepanjang April setiap malam Sabtu dan Ahad.
4. Sukaneka 1 Mei 2010.
5. Mencari Harta Karun dan Pertandingan Mewarna 29 Mei 2010.
6. Memutuskan Pasukan Kompang KRT keluar dari Cahaya Murni dan akan menubuhkan Pasukan Kompang KRT Kg. Pendamar dan mencari tenaga pengajar yang bukan dari kumpulan Cahaya Murni.

Wasallam.

Wednesday, February 10, 2010

Hasil Keringat, Puas Hati, Lihat Sendiri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bermula Sabtu 6 Feb 2010 aku seorang diri bertindak untuk membina Kolam Ikan, Pagola dan Gazebo sendiri tanpa mengupah sesiapa, alkamlumlah upah begitu mahal, tak larat dibuatnya kocek akuni.

Sebenarnya dah lama aku nak buat projek 3 serangkai ni, aku dah gali kolam ikan dekat setahun, mula-mula kecik sekarang dah lebar sebab tebingnya runtuh dek hujan yang kerap turun.

Dalam kolam ni dah ade 4 ekor ikan keli, aku beli kat pasar, mula-mula beli nak makan, tapi sampai rumah aku tengok masih hidup lagi, aku bor aje dalam kolam yang berair kuning tu (air tanah merah), aku tengok hidup lagi sampai sekarang. tiap malam aku bagi makan keli ni roti gardenia, sebab dia ikut cam tuannya gak, tapi tak dela sampai aku sapukan jem ngan butter cam aku makan, mampus lah nanti ikantu.

Sekarang aku dalam projek nak dirikan Pagola, aku dah belanja banyak gak, bahan dari kayu resak semuanya, mahal gila tu, kayu 4"x4"x8' harganya RM12.50 sekaki, kira ajelah sendiri kalu 4 batang yang sama saiz. Tu belum kayu palang-palang yang kat atasnya, "First" perbelanjaan dah lebih RM1,300.00, Itu belum kos untuk Gazebo ngan Kolam ikan lagi, mungkin belanjanya dekat RM5,000.00, jadi aku buat 1 projek 6 bulan sekali, kalu 3 projek jawabnya setahun setengah la baru siap hehehehe.





Kerja-kerja memotong kayu dan mengukir palang-palang pagola sedang giat dijalankan. Tak sempat tukar uniform kerja.

Nanti aku uploadkan gambar-gambar kerja-kerja permulaan sampai siapla, jadi selalula mampir di blog aku ni.

Wasallam.

Tuesday, February 2, 2010

Cuti-Cuti Malaysia ke Cameron Highlands

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada 30 dan 31 Januari 2010 saya sekeluarga bercuti di Cameron Highlands, percutian terakhir kami sekeluarga di Cameron Highlands ialah pada tahun 2000, dah lama sangattu. Kami bergerak jam 8.00 pagi melalui Tapah, jalan mak oii banyak koner siku, sampai ada anakku yang muntah dan pening.

Kami menginap di Hotel Rosa Pasadena, Brincang, kami ingat depan ngan pasar malam, rupanya pasar malam dah berpindah di hadapan Balai Polis Brincang, Hotel yang berdekatan ialah Star Regency Hotel & Resort, apartment MBSA jauh sangat dan tiada kemudahan lift untuk naik ketingkat 4&5. Sebabtu kami tak jadi gunakan kemudahan tersebut, Sewa di Rosa Pasadena RM210.00 satu malam untuk Family Room (1 katil Kingsize dan 1 katil single).

Hari pertama sampai terus check in di hotel, pastu petang gi jalan-jalan dan cari kedai minum teh di tepi jalan, cari barang-barang kering aje, esok nak balik baru cari barang-barang basah. Malam gi pasar malam, ditakdirkan Allah kami berjumpa dengan Hajah Hanifah sekeluarga dengan Fidah dan Saniah sekeluarga, dia datang pada hari Jumaat.









Esok pagi kami jam 10.30 pagi check out balik melalui Simpang Pulai, sebelum tu pergi beli shopping sayur-sayuran, strawbery, teh berperisa dan keledek madu di Pasar Kea Farm, jalan balik melalui simpang pulai ni kira ok gak, sebab tak banyak koner lipat atau koner siku.





Sampai rumah Alhamdulillah jam 6.30 petang dengan selamatnya.