Assalamualaikum wrh wbkt.
Pada 28 Nov 2009 Sabtu, pagi-pagi lagi aku dan keluarga bertolak ke rumah Ummi Safiah (ibu mertuaku) untuk menyempurnakan majlis Qurban, ada 6 ekor lembu kesemuanya iaitu,
1 ekor Bang Long Mokhtar dan keluarga, 3 ekor Bang Lang Rashid dan keluarga manakala 2 ekor lagi AJK Biro Agama/Ekonomi UMNO Bahagian Klang.
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
[34]
Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
[35]
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
[36]
Surah Al-Hajj Ayat 34 hingga 36
Susah juga nak tumbangkan yang pertama kepunyaan Bang Long, sebab lembunya besar dan garang, akhirnya tumbang jugak, penyembelih di datangkan khas dari Puchong "Ustaz/Imam" Zamri (dia bawa 4 bilah parang), saya tanya kenapa sampai 4 parang, dia cakap, " bagi peluang parang-parang tu berkhidmat, sebab setahun hanya sekali sahaja, nanti kalau tak diguna kecik hati pulak yang lain" katanya.
Semua kerja selesai sebelum solat zohor. 2 periuk sup tulang disediakan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment