Wednesday, December 8, 2010

OSTARKlg74

Alhamdulillah, malam tadi sempena 1 Muharram 1432H bertempat di warung lepak Haji Wahid dan Fuad yang terletak di lorong hadapan Petronas Sg. Pinang, tepat jam 9.00 malam kami bekas pelajar sekolah tengku ampuan rahimah klang sesi tahun 1974 (tingkatan 5) hadir berkumpul setelah sekian lama tak jumpa.

Ada berita yang di kumpul dan cerita berbagai, kenangan lama timbul kembali.
Perjumpaan seterusnya akan dirancang pada masa hadapan dengan lebih meriah lagi, malam tadi perjumpaan secara santai aje, Haji Wahid siap nyanyi lagi dengan Karaoke.

Aku balik jam 1.00 pagi. Kalau ada kengkawan yang baca blog ni sila talipon saya di 013-3822427 dan nyatakan bekas star tingkatan berapa.

Wasallam.

Friday, September 24, 2010

PENGERUSI BADAN KHAIRAT KG. PENDAMAR MENINGGAL DUNIA, ALFATIHAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin, Amin, Amin Ya Robbal Alamin.

Begitulah suratan yang telah tertulis dari sejak a2ali, Tuan Haji Abdullah bin Mustajab telah meninggal dunia pada 22 September 2010 jam 7.00 pagi, aku dimaklumkan oleh sepupuku Ahmad bin Yaakob lebih kurang jam 9.15 pagi melalui telefon.

Jena2ahnya telah dimandi dan kafankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian di bawa balik kerumahnya sebentar untuk tujuan penghormatan terakhir oleh anak-anak, saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan kemudian jena2ah di bawa ke masjid untuk disolatkan. Selesai solat jenaah terus di bawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Raja Uda Pelabohan Klang (Tanah kelahirannya), Imam yang memimpin bacaan Yaasin, tahlil serta talkin ialah Tuan Haji 2ulkifli bin Haji Mahfud2 (Imam 2 Kg. Pendamar) manakala Imam yang mengetuai solat ialah Tuan Haji Mohd. Shah bin Haron (Na2ir Kg. Pendamar).

Selain dari menjadi Pengerusi Badan Khairat Kg. Pendamar, Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kawasan Kg. Pendamar dan juga Bendahari JKKK Kampung Pendamar, Klang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat .. Al-Fatihah ................. Amin.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, September 2, 2010

ATTACK, CURE, SEHAT dan ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Dah lama rasnye tak menjenguk blog ni, almaklumlah baru bekerja semula pada 1 Sept. 2010 selepas lama bercuti sakit mulai 10 Ogos 2010. Sakit kerana masalah jantung hatiku. Minggu depan 6 Sept pagi akan menjalani pemeriksaan ulangan di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) Shah Alam.
Semasa aku kena attack pertama (pengsan) di dalam auditorium mbsa sempena perhimpunan bersama datuk bandar (datuk bandar tak de masa tu kerana bercuti keluar negara, diwakilkan kepada timbalan sahaja). Aku dikejarkan ke DEMC kerana jaraknya cuma 400 meter dari pejabat (untungnya ada panel hospital berhampiran pejabat).
Aku sedang diangkat oleh staff MBSA, Dari kiri Maniam (pemandu), Hamzah (perancangan), Ijoy (hasil), Zafry (khidmat bandar), Nampak belakang kepala dari kiri Fahmy (kebudayaan), Roshan (hasil) dan Kimy (ICT)
Dr. Roslan Fadzil sedang menghubungi DEMC.

Duduk dalam wad 5 hari, Dr. Abd. Rahman kate injap saluran jantung aku lemah (dimana dia tak berfungsi sepenuhnya - aku manalah tau). Aku mintak "discharge" pada 14 Ogos walaupun Dr. tak benarkan, malkumlah bulan Ramadhan, kesian isteri dan anak-anakku datang berbuka dan bersahur di bilik wad aku, cam dok dalam hotel kan (bayaran wad satu hari RM250.00). Alhamdulillah kerana ada kelayakkan bayaran untuk sakit kronik iaitu untuk satu keluarga RM10 ribu setahun, jadi aku dah guna setakatni RM5 ribu lebih, so tinggal lagi RM4 ribu lebih.

Ubat yang aku kena makan buat masa ni ialah satu zorkov, satu gastrik dan tiga lagi pencair darah. Ada satu lagi ubat cecair yang kene injek di perut untuk tujuh hari, (macam penagih dah). Kengkawan aku yang tolong angkat aku dari dalam auditorium sampai ke hospital (temasuk pemandu kereta honda accord yang bawak aku ke DEMC - tak dikenali sebab dia lalu pastu kengkawan ni gi tahan, terus bawak aku masuk kereta dia), terima kasih aku ucapkan yang tidak terhingga semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan sekelian. kepada kengkawan lain dan sedara-sedara aku yang ziarah aku semasa di DEMC juga aku ucapkan terima kasih, jasa tuan/puan tetap ku kenang.

Aku dimaklumkan sharul sempat snap gambar aku semasa di bawa ke hospital, nanti kalau ada aku uploadkan.

OK setakatni sahaja, kita jumpa di lain tajuk pula, wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, July 13, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL, DOA SELAMAT DAN PERTUNANGAN INA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah selesailah sudah majlis bacaan Yaasin, Tahlil, Doa Selamat dan pertunangan anakku Ina pada Sabtu 10 Julai 2010 yang dilangsungkan di teratakku mulai jam 10.30 pagi hingga 5.00 petang.

Majlis dimulakan pada hari Jumaat malam Sabtu iaitu makan-makan dan bakar ikan, udang serta ayam untuk keluarga yang akan membantu kerja-kerja persiapan dan memasak pada pagi Sabtu nanti. Boleh katakan 95% keluarga semua datang pada malam tersebut.

Antara keluarga yang hadir

Sabtu pagi majlis bermula jam 10.30 pagi dengan kehadiran rombongan Kumpulan Yaasin Wanita Kampung Pendamar dan Perumahan Fasa Dua, Bacaan Yaasin dimulakan pada jam 11.00 pagi dan diikuti dengan Tahlil arwah kedua-dua bapa dan mertua serta keluarga kedua-kedua belah pihak, Ustazah Maznah dari Jalan Kebun, Klang telah memimpin majlis ini.

Majlis selesai jam 12.00 tengahari dengan diikuti jamuan makan, menu makan ialah nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, sambal goreng, pecal(sumbangan Selamah - kakak ipar), ayam goreng berempah (resipi Miezah anakku), sup tulang (Aziz Janggut masjid) dan telor masin dan minuman pula ialah cendol(sumbangan Jaliah IT - kawan isteriku) dan air selangor (campuran sirap dan sunquick).

Tepat jam 1.45 petang selepas solat zohor giliran jemaah masjid dan orang kampung lelaki pula datang untuk majlis Tahlil dan Doa Selamat, majlis dipimpin oleh Tuan Nazir iaitu Tuan Haji Mohd. Shah bin Haron hingga selesai dan doa makan dibacakan oleh Tuan Imam 1 iaitu Tuan Rosli bin Kasah. Majlis selesai jam 2.45 petang.

Jemaah masjid yang hadir

Testing duduk di tirai kayu, muat ke tak

Mak Andam " Ekin "

Dah siap la tu, pasni mesti amik gambar

Haa kan betul, Three Stojers dah amik gambar dalam bilik

Kami sekarang menunggu ketibaan rombongan dari pihak lelaki untuk majlis seterusnya iaitu pertunangan anakku. Rombongan yang dijanjikan sampai jam 3.45 petang dengan membawa 5 dulang hadiah iringan dan sebentuk cincin.



Abang Long Mokhtar dilantik sebagai jurucakap bagi pihak aku. Majlis tanya-serah dan setujuterima berlangsung amat cepat sekali, Aku sendiri baca doa selamat, sebab Imam 3 ada kat luar rumah dan dia tak bersedia untuk membaca doa bagi majlis ini. Tarikh telah ditentukan iaitu majlis pernikahan antara anakku Nur Amalina dengan Mohd. Zahid Haji Abd. Rahim akan diadakan pada 2 April 2011 dan majlis kendurinya akan diadakan pada 3 April 2011,
Jadi dengan tak resmi aku jemput sesiapa yang baca blog ini datang kerumah ku untuk majlis kenduri pada tarikh tersebut diatas di Lot 1142, Batu 3 1/2, Kampung Pendamar, Klang dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

Rombongan pihak lelaki balik jam 5.00 petang dengan membawa pulang balasan hadiah iringan sebanyak 9 dulang.Majlis mengemas selesai jam 7.00 malam.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, July 3, 2010

MAJLIS KHENDURI PERKAHWINAN ANAK SHAMSUDDIN SHAIRI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hari ini 3 Julai 2010 majlis khenduri kahwin anak shamsuddin shairi yang diadakan di rumah Tuan Haji Shairi dan rumah Cik gu Surani.

Aku rewang mulai dari 2 Julai hari Jumaat lagi tu, Dah lama tak menebang pokok kelapa untuk ambil umbutnya, sakit pinggang dibuatnya, jadi malam tak larat nak pegi rewang lagi.

Kul 12.00 tgh aku pergi ke Dewan Bankuet MBSA untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan yang diadakan oleh Shahrin Ahmad (mantan Ahli Majlis (BN) MBSA), kemudian terus ke Dewan Raja Lumu Muzium Shah Alam untuk menghadiri majlis kenduri kahwin yang di buat oleh Haji Zaini (anaknya kawan Iepa).

Selesai aje terus ke rumah majlis kenduri perkahwinan Din Tompel di rumah Cikgu Surani, sampai sana jumpala saudara jauh dari Bukit Pelanduk, Meru dan dari tempat lain.

Aku bergegas balik kerana belum solat zohor.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, June 30, 2010

PERGI DAN TAK KEMBALI LAGI SEORANG AHLI KARIAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Pagi tadi jam 5.00 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari hand phone isteriku memaklumkan Abang Mat Yassin suami Kak Wok meninggal dunia, Innalillahi wainnailaihi rajiun. Beliau pergi dalam usia 64 tahun. Allahyarham sudah 2 hari mengadu sakit perut dan telah pergi mendapatkan rawatan di Klinik swasta, tapi doktor kata tak sakit apa-apa, angin aje.

Oleh kerana tak tahan sakit lagi, dalam waktu dinihari menantunya telah membawa Allahyarham ke HTAR Klang, belum sempat doktor membuat pemeriksaan, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ada angin mengkhabarkan beliau mungkin sakit apendix, wallahuahlam.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, June 23, 2010

KEPUTUSAN YANG KURANG MEMUASKAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Keputusan pasukan lumba basikal selangor amat mengecewakan pada SUKMA kali ini, tidak mencapai sasaran pungutan pingat iaitu 3E, 3P, dan 3G. Jumlahnya 9 pingat. Pingat yang diperolehi hanya 7 butir sahaja iaitu 2E, 4P dan 1G melalui acara dan pelumba berikut:

2 EMAS

1. 1km. Ujian Masa Perseorangan Lelaki - Mohd Akmal Amrun.
2. Jalan Raya Lepas Beramai-Ramai Perseorangan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.

4 PERAK

1. Ujian Masa Berpasukan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman, Musliha Salim, Nur Farah Ain dan Nurul Shafinaz.
2. Ujian Masa Perseorangan Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.
3. Kriterium Point Race Lelaki - Mohd Akmal Amrun
4. 1.5km Down Hill Lelaki - Nur Shariel Haizat Mohammed @ Talib.

1 GANGSA

1. Kriterium Point Race Wanita - Nurul Ahmar Badieuzzaman.

Nampak gayanya tak jadilah Skuad SUKMA ni pergi makan angin keluar negara sebab pungutan pingat tidak melebihi sasaran iaitu kalau berjaya memungut 3 pingat emas dan bonus 3 lagi emas barulah boleh keluar negara (perbincangan ini dibuat semasa mesyuarat agong tempoh hari di Kuala Selangor).

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, June 11, 2010

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PLBS 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhm, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Pada 7 Jun 2010 jam 8.30 malam bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Selangor kami dari Persatuan Lumba Basikal Selangor telah mengadakan mesyuarat agong kali ke 59, Woww dah nak masuk kategori warga emas PLBS ni.

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, May 31, 2010

MESYUARAT AJK PLBS TAHUN 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Sebenarnya saya dah lupa nak postkan Mesyuarat AJK PLBS tahun 2010 di Pejabat ADUN Kawasan Jeram (Y.B. Dato' Hj. Amiruddin bin Setro) pada 14 Mei 2010 jam 9.00 malam.

Malam tu ramai gak AJK yang hadir. Perbincangan mengenai isu dan aktiviti semasa serta persiapan SUKMA 2010 di Melaka serta kejohanan Lumba Basikal merebut Piala Presiden PLBS.

Mesyuarat tamat jam 11.30 malam

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

LAWATAN KE HTAR KLANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Semalam 30 Mei 2010 jam 5.40 petang saya bersama famili naik Viva Elite hitam ke HTAR Klang untuk ziarah Mohd. Fais anak Haji Ismailuddin.
Tag Nama pesakit di Katil

Dalila yang setia menunggu adiknya

Anak-anak ku dengan Faiz tengah posing, Tuala yang warna ungu untuk mengelap siair mata.

Kaki kanannya bengkak dan luka bernanah, dah di operate dan dibuang nanahnya, saya dimaklumkan oleh ayahnya kulit peha akan di potong sedikit dan ditampalkan di kaki yang koyak. Puncanya dia main Futsal, kakinya kene bentis dengan pihak lawan. kate doktor awalnya ligemennya koyak, tapi jadi lain pulak.
Kaki kanak yang luka semasa di simen

Darah yang keluar setelah di cucuk oleh Doktor untuk mengeluarkan nanah

Kulit dan isi bahagian atas buku lali yang telah dipotong, ni yang nak ditampal ngan kulit peha.

Tak lama lepastu Kak Mek dan Bang Lang pun datang ziarah sama, tapi nampaknya Bang Lang tak banyak cakap dan kurang nak bergurau/mengusik anak-anak sedara yang ade, tak tahu kenape, mungkin memikirkan cucunya(anak Hanif) masih berada di IJN K.L.

Kami keluar jam 7.00 malam, sampai umah dah maghrib.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, May 30, 2010

PERSANDINGAN MAHADZIR HAMAD

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 malaysia

Hari ini 30 Mei 2010 jam 8.30 pagi aku siapkan sedikit bumbung gazeboo aku, atap tak cukup lagi 20 keping. Adik aku Azhar datang dari seremban dan tolong panjat ukur atap untuk dipotong.

Lepastu jam 11.49 aku pergi kerumah Tuan Haji Ramly Dawod untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan anaknya, Encik Mohamad Zin Dawod Ketua Kampung menjadi penyambut tetamu, kerana ini adalah rumah abangnya.

Selesai sudah majlis di perumahan fasa 2, aku bergegas bersama isteri ke Kg. Sg. Kandis untuk menghadiri majlis kenduri persandingan Mahazir Hamad (mantan pelumba basikal selangor/malaysia), sampai di sana jam 12.15 tengahari, majlis persandingan aku dimaklumkan jam 12.30 tengahari, Disana aku jumpa pelumba selangor yang dah pencen sebab masing-masing dah bekerja, antaranya Sallehuddin anak abang Hashim, Ijad, Hadi Putra, Mohd. Shah, Cikgu Sood, dan ada dua lagi pelumba yang aku dah lupa namanya sebab badan pun dah dua kali ganda dari aku, budak wilayah la tu.

Mahazir dan pasanganya dari Pasir Mas Kelantan.

Hadi Putra ngan isteri dan anaknya.

Balik dari rumah mahazir aku terus ke rumah Ibrahim di kampung, juga majlis kenduri kahwin anaknya yang sulung. ramai gak jemputan, yang rewang kebanyakannya orang johan setia, sebab Ibrahim dari Johan Setia.

Balik dari kenduri solat zohor di rumah, selesai solat amik lak anak ku yang baru mula bekerja part time di PETRONAS di Taman Pendamar Indah 2, di tepi lebuhraya KESAS. Itulah sedikit diari saya pada hari Ahad ni

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, May 29, 2010

PENGORBANAN YANG TAK SETIMPALNYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Hari ini 29 Mei 2010 jam 10.00pagi aku bersama ifah bawa emak saudara ku sariah ke kedai membuat speaker untuk telinga di Andalas kerana dia dah kurang deria pendengarannya.

Sesampai di sana aku cari tempat yang sesuai untuk menurunkannya dari kereta, sebab kakilima kedai semuanya tinggi dan aku berhenti dihadapan Rumah Sakit Bersalin Razif, mak saudara aku ni dah tak boleh jalan, yang dia boleh merangkak saje, jadi aku bawak sekali kerusi roda. Nak jadi cerita semasa aku menurunkannya dari kereta di hadapan klinik razifni, semua staff klinik razifni datang, ada sorangtu mungkin doktor la dia tanya aku, nak bawa kemana makcik ni, sebab klinik dia klinik bersalin, kalau orang tuan umur 81 tahun nak bersalin, dia nak panggil orang surat khabar, sebab dalam sejarah kes ni. Jadi aku terangkan nak bawak gi klinik buat telinga di hujung klinik razif ni, dia orang sume gelak.


Doktor sedang memeriksa telinga kiri dan kanan Mak Long.

Sedang diuji pendengarannya menggunakan alat ujian digital.

Selepas diperiksa oleh doktor dan kesesuaian nada pendengaran serta di cetak bentuk telinga yang diperlukan, kosnya ialah RM4,970.00 untuk kedua-dua belah telinga, mak ooi kataku mahalnya, dahlah aku pun pokai, kereta aku kena berapa pulak clutch dah habis, Mak Long hanya ada duit RM4,680.00 jadi yang lain tu aku topup ajelah, mak sedara apa salahnya, dulu aku masa kecik-kecik pun lepak kat rumahnya di Kurantin Pelabohan Klang.

Aku bayar deposit RM1,000.00 , guna dulu duit aku nak bayar repair kereta, kata doktor tu, dua minggu lagi siaplah telingatu dan boleh amik. Jam 12.30 tengahari siap semua testing dan balik kerumah.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, May 28, 2010

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAW. KG. PENDAMAR 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Hari ini 28 Mei 2010, jam 3.00 petang berlangsungnya persidangan tahunan umno cawangan kg. pendamar klang di perkarangan rumah tuan haji ishak bin mohd jonid (ketua UMNO cawangan).

Wanita telah memulakan persidangannya lebih awal kerana selepas itu persidangan cawangan pula akan dimulakan. Wakil Wanita Bahagian ialah Puan Noray binti Ngadi.

Persidangan wanita sedang berjalan.

Wakil Bahagian Klang Puan Noray Ngadi (baju merah)

Antara ahli wanita yang hadir

Saya dimaklumkan Pergerakan Pemuda telah mengadakan persidangannya pada minggu lepas.

Saya dipilih sebagai pengerusi tetap sementara persidangan cawangan kerana pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap tidak hadir. Mesyuarat berjalan dengan lancar.

Persidangan Cawangan sedang dimulakan.

Setiausaha Cawangan sedang memberi penerangan.

Ahli Cawangan yang hadir

Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid (Ketua UMNO Cawangan merangkap Naib Ketua Bahagian)

Wakil Bahagian Tuan Haji Yaakob bin Abd. Rahman

Beberapa masalah telah diajukan oleh ahli-ahli, minta longkang batu yang dibina di parit ketua cawangan hendaklah di sambung sehingga ke belakang. dan juga parit di lot 1122 dan lot 1118 minta dikorek atau dalamkan lagi untuk mengelakkan banjir yang menengelamkan bahagian dapur penduduk di situ bila hujan turun.

Ada juga penduduk yang minta di buat nama tuan rumah di setiap jalan dan lorong kerana rumah kampung tiada nombor rumah.

Semasa mesyuarat sedang berjalan, kami dimaklumkan anak ketua cawangan (Mamat) mendapat kemalangan di laluan motosikal susur keluar ke jalan kebun, tapi tak teruk sangat.

Antara makanan untuk jamuan sup cendawan, sup ayam, popia goreng pedas, kueh-mueh, buah rambutan dan pisang, air sejuk dan panas.

Mesyuarat tamat jam 4.50 petang, Bila saya tangguhkan mesyuarat, tetiba muncul Tuan Haji Nasharuddin Mohd. Zin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang dan rombongannya.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, May 27, 2010

TAKLIMAT EZ DIGITAL

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Malam tadi 26 Mei 2010 ak mendengar biznes priview mengenai perniagaan ez digital yang sungguh memberangsangkan.
En. Sahrin wakil dari EZ Glory sedang menyampaikan taklimat.

Setelah diberi penerangan barulah aku faham sesikit dan mungkin boleh diuwar-uwarkan kepada kengkawan yang lain, kalau dia orang taknak pun takpe, aku mungkin boleh pinjam ic dia orang dan akaun aku punya.

Sesiape tak nak join rugi sebab RM280 boleh dapat RM4800 perkiraan yang senang, tapi tempoh dapattu bergantung kepada kemasukkan ahli baru, kekadang sebulan, 2 bulan, 3 bulan atau selewat-lewatnya 6 bulan baru game RM4800, pastu auto reentry pulak. jadi biz ni tiada orang yang terakhir, sebab bila kita dah habis/game, sykt akan buat auto reentry, hendak ke tak nakke bendani akan berlaku, sape tak nak ke, bayangkan kalau kita ada 10 id kan dah jadi RM48,000 woww, hebatkan. cepat, cepat tempah kedudukan awal anda.

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, May 25, 2010

PERGINYA SEORANG LAGI AHLI KARIAHKU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Malam ini 26 Mei 2010 selepas maghrib aku dimaklumkan melalui panggilan telefon dari abang Haji Mustafa bahawa Siros binti Mohd Tuha (Isteri kepada Superman bin Baharum) telah meninggal dunia menderita sesak nafas, Allahyarhamah pergi dalam usia 50 tahun.
Permit menguburkan dikeluarkan oleh Balai Polis Pandamaran.

Suadara mara, sahabat handai, kenalan yang hadir menziarahi allahyarhamah.

En. Superman bin Baharum (misai tebal, baju bunga bersongkok hitam) suami Allahyarhamah.

Pengerusi KRT (Mohd Ismawi Ishak) dan Bendaharai KRT (Shaharuddin Muslim) turut hadir

Pengerusi Badan Khairat Kg. Pendamar merangkap Timbalan Pengerusi KRT (Haji Abdullah Mustajab) hadir menziarahi jenazah Allahyarhamah.

Aku mungkin lambat ke pejabat besok pagi sebab pengkebumian akan dilakukan sebelum zohor.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Kg. Pendamar dan di Imamkan oleh En. Rosli bin Kasah (Imam 1)

Proses menurunkan jenazah ke liang lahad
Liang lahad sedang di timbus oleh penggali, En. Johari (Wak Joe), En. Hassan, En. Abd. Halim dan En. Azmi (Komeng)

Bersabar dan tabahlah menghadapi dugaan dan diharapkan kepada keluarga allahyarhamah berdoalah untuk roh allahyarham.


Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.